Followers

Sunday, 2 May 2010

10 Petua Dalam Menjaga Suara

Kalau nak tahu suara sapa paling kurang merdu suaranya bila menyanyi di depan, aku akan angkat tangan dengan bangganya...haha. Disebabkan tu la aku nak layari beberapa website dan blog yang memberikan khidmat nasihat tentang menjaga suara ni dan antaranya tips dalam menjaga suara ialah:

1. Jangan Merokok

2. Jangan Menyalahgunakan Suara.(Jauhkan dari menjerit atau bercakap dalam suasana bising)

3. Banyakkan minum air dan hindari minuman berkafein.

4. Hindari Makanan Berminyak. 

5. Elakkan makanan/minuman bergetah (Chewing Gum)

6. Elakkan minum air berklorin.

7. Elakkan makan coklat. 

8. Jangan Amalkan Batuk Terlalu Kerap (Batuk Sengaja Dibuat-buat)

9. Sediakan secawan air pada waktu malam, biarkan semalaman. Apabila bangun pagi minum air tersebut sebelum membasuh muka atau gosok gigi dahulu.

10.Ambil sebiji limau nipis dan perah ke dalam gelas berisi air suam. Air limau itu perlu dicampur dengan sedikit gula batu, kemudian minumlah ia sebagai minuman biasa.

Itulah antara beberapa petua yang boleh digunakan untuk menjaga suara melalui beberapa blog yang aku baca seperti Ahniarchive, Abdullahidris, dan Attranum.

No comments:

Other Topics