Section 6 With A Canadian Guy...

Hari ni seawal 8.30 pagi....awal ke...haha, bukak buku MAF sebab esok ade paper....xbermakna xbukak buku kalau takde paper,k...haha. Tup-tup dalam kol 11.30 tu baring jap....pas tu bila terbaring boleh pulak tertido sampai la kol 2petang...huhu. Plan2 dalam time tu dah cover 2 chapter dah....bangun je tengok Amir mesej mintak ajar dia CPO....pergh aku pun x mantap, nak ajar ko....huhu.So plan le nak gi PTAR dalam kol 3 camtu sebab nak makan dulu. 

Pas tu bergerak ke Seksyen 6 untuk beli lunch tapi tah camne kali pertama dalam mengenal nasi sekysen 6 tengok2 sume gerai tengah dibersihkan.....aku rasa MBSA buat sport check tadi coz semalam Krol kata ada orang MBSA amek gambar kat situ. Takkanlah orang MBSA tu excited sangat makan kat situ sampai nak bergambar kan....haha. 

So nak tak nak beli lunch kat Seksyen 2 gak ler....tapi kan nih yang nak citer ni, before balik tu, ada sorang Mamat Afrika yang berasal dari Kanada tegur aku "Assalamualaikum brother, may I borrow your money...I want to go to KLIA but I check my account there are empty....so I'm quite shy to say that I need your help...", aku yang dalam keadaan curiga tapi setelah diyakinkan yang dia ni student Master Engineering, bernombor passport sekian2...dan bernombor telefon sekian2..dan dia jugak yakinkan aku dengan nama Allah. "I'm swear with the Allah's name, my mother in Canada is sick and right now I need to go to KLIA with taxi, maybe you can borrowed me RM250"....pergh banyak tu. Lepas fikir2, aku pun yakin although sebenarnya keraguan aku menebal jugak just doakan kat Allah yang mamat ni benar2 ikhlas mintak tolong dan bukannya bertujuan menipu. 

Sebelum keluarkan duit, dia bagi aku nombor passport, nama and nombor telefon dia dan mintak aku untuk contact dia dalam minggu depan.....silapnya aku tak bagi nombor telefon aku. Dalam hati aku fikir camni je, aku tolong kau ni ikhlas...kalau kata kau ikhlas kau akan pulangkan dan kalau kata tujuan kau adalah untuk menipu...aku halalkan je.

Then, I went to the bus station wait for his cab @ taxi....before dia pergi dia ucap terima kasih dan percayala dia akan pulangkan balik duit tu.....aminnn....

Mungkin Allah dah takdirkan, Seksyen 6 arini ditutup untuk aku ke Seskyen 2 untuk membantu mamat nih. Apapun untuk yang berada situasi macam aku mungkin bukan hari ni tapi in the future ingat untuk dapatkan semua maklumat orang yang tak dikenali tu sebelum berkira2 nak bagi dia pinjam atau tak.  

Balik tu aku tertanya tanya nak percaya atau tak orang yang aku jumpa tadi and maybe esok nak ke Perindu untuk chek betul ke dia ni wujud di Perindu dan merupakan rakyat kelahiran Kanada yang mengambil jurusan Kejuruteraan (Kejuruteraan apa aku tak tahu...huhu) peringkat Master. Kalau ada, memang betullah, kalau takde halalkan je la ye Acap....

And after took my lunch, I went to PTAR to belajar MAF ngan Amir and then terserempak pulak ngan Sham yang tanya dah amek bungkusan praktikal or belum yang ada isi buku log and surat apatah tu. Tup-tup....tengok-tengok jam dah kol 6.20 petang...pergh kejap giler rasanya. Malam ni nak sambung chapter 7 and cover spot....aku jenis yang cover spot last2 minit....kalau keluar rezeki kalau tak??? Jawab sendirik ek....

Comments

Popular posts from this blog

Lirik Pak Ude

Ya Hafizu Ya Syafi, Wahai Yang Menjaga Dan Yang Menyembuhkan, Jagakanlah & Sembuhkanlah

Kolej Matrikulasi Perlis