Congrats....

Pagi tadi time kelas CRG PM Hj Shafi, aku terperasan ada satu missed call dan beberapa minit lepas tu ada sms dari baby yg dia tulis dia dapat 4 flat untuk program asasi Sains UiTM untuk semester kedua dan mintak aku tolong doakan dia agar dapat program Dentistry UiTM. Budak ni kan dah dioffer medic tapi x nak ikut sebab kata dia not my life to touch-touch blood (hehe....ada tambah2 sket). Memula ada gak JPA kot wat program intro untuk medic tapi dia kata....uii mengerikan...(hehe yer ke....). 

By the way, apa-apa pun tahniah abang ucapkan kerana mengulangi kejayaan abang 4 flat dulu (errmmmm...dulu la). Perjalanan kamu masih panjang dan pilihlah jalan yang kamu rasa betul coz jalan itu adalah jalan yang dipanggil Myyyyyy Weiiiiiiii....(hehe...test vokal). Baguih lar kalau kamu dapat sambung kat Shah Alam t, senang sket kamu jaga abang...hua hua terbalik.Nampaknya dah makin besar kemungkinan mama ngan abah dapat seorang anak akauntan dan sorang lagi dentist. Yang sorang lagi tu yang nak amek PMR tu ustazah ek....hehe.

Tapi jangan mudah terlupa betapa kesenangan yang Allah berikan tu adalah dugaan buat hambaNya. Dugaan bagaimana kita menggunakan kesenangan yang kita ada dalam membantu orang lain dan jangan sesekali kita memandang rendah orang lain kerana kadangkala orang lain yang kita pandang rendah tu mungkin lebih hebat dari kita. Tidak di medan akademik, ada 1001 bidang lain yang boleh dia jadi lebih hebat dari kita. Apa-apapun ganbate bete....ganbate,,,,syabass inspektor syahabbb....haha 

Comments

Popular posts from this blog

Lirik Pak Ude

Ya Hafizu Ya Syafi, Wahai Yang Menjaga Dan Yang Menyembuhkan, Jagakanlah & Sembuhkanlah

Kolej Matrikulasi Perlis