Shooting Korea.....

Alhamdulillah lastly siap jugak penggambaran filem Korea yang bakal ditayangkan kat seluruh pawagam diseluruh dunia. Penggambaran ni mengambil masa selama 1 hari sahaja yang mana mungkin paling pendek dalam sejarah perfileman Korea yang mana filem ini bakal menggemparkan seluruh industri perfileman kerana filem ini dibuat dengan kos yang tidak hampir RM10. 

 
Bintang Korean Part 3
Dari Kiri: Ashraf Zabidi (Penerbit), Khairul Aqran (Pengarah), Siti Hajar, Shakila, Sarah dan Fariza...

Filem ini dinamakan "Korean Part 3", antara bintang-bintang filem ini termasuklah pelakon terkenal dan penerbit termasyur Korea, Ashraf Zabidi, Pengarah berkaliber Khairul Aqran, bintang utama filem termasuklah Siti Hajar, Siti Fariza, bintang baru meningkat naik iaitu Shakilah dan juga pelakon veteran Korea iaitu Sarah.

Menurut pengarah filem ini iaitu Khairul Aqran berpendapat filem ini bakal dihantar kepada FINAS pada minggu depan untuk penapisan dan bakal menemui penonton pada bila-bila masa yang dia suka. Menurut Penerbit filem ini pula iaitu Ashraf Zabidi, menurutnya dia menyatakan bahawa dia akan mengigit jari andai kata filem yang bakal diterbitkan ini tidak memuaskan hati penonton kerana menurut beliau lagi, menurut seorang responden warga Korea yang menonton preview filem ini iaitu lecturer Korea beliau, Madam Tiara menyatakan bahawa filem ini akan mampu menewaskan drama-drama Korea yang lain seperti Winter Sonata, Autumn In My Heart, My Girl dan beberapa drama dan filem yang sebaris dengannya dan filem ini mampu menjadi filem yang "evergreen"....Insyallah.Bukan penerbit kata tapi lecturer dia yang kata....  

Comments

Popular posts from this blog

Lirik Pak Ude

Ya Hafizu Ya Syafi, Wahai Yang Menjaga Dan Yang Menyembuhkan, Jagakanlah & Sembuhkanlah

Kolej Matrikulasi Perlis