Followers

Tuesday, 13 April 2010

Sepetang di Hospital Ampuan Rahimah Klang

Petang tadi x de kelas so teman member baik aku ni gi Hospital Ampuan Rahimah Kelang sebab Sham dah batuk darah 2, 3 hari dah. Yelah mana tak risau, lagi-lagi dengan wabak H1N1 yang nampaknya menyerang buat kali kedua, dengan ancaman denggi lar and aku gak risau sebab mana ar tau tu simptom-sipmtom kanser…..nauzubillah. 

Kalau nak citer pasal perit jerih perjalanan tu…takut terbocor pulak rahsia ko Sham so x yah la aku citer ek…hehe. Apa-apa pasal tadi tu, aku bahagia tengok member aku bahagia...haha.

Kat hospital tu cam biasa ramai orang-orang sakit, biase gak sebenarnya gi Hospital ni sebab pernah gi time Efi Accident and Dini Denggi dulu yang mana time tu aku ngan Nik wat mission impossible kat wad...hehe.Let it be a sweet memory for us ek Nik. Tapi kalau unit rawatan harian tu x penah la pulak pegi.
 
First-first tanye kat kaunter pendaftaran wad katne tempat tu and dia kata tepi kantin...cari punya carik jumpa jugak kantin yang tersergam indah (indah ker....) and terus ke unit rawatan harian yang dinamakan Unit Kecemasan Dan Trauma (Kalau x silap ar...). 

Teringat aku kata-kata abah " kalau nak gi hospital pegi awal-awal....", nasib bek kami pergi awal tapi awal petang la..hehe. So disebabkan bertolak awal tu lah kene tunggu dari kol 4.30petang sampai kol 6.30 petang, naseb baik lar aku ni kuat sabar dan mampu mensupport Sham yang time tu dah kata "jom balik ar Acap citer Adamaya TV3 dah nak mule ni....". "Weh TV tu yang penting ke, ko yang penting Sham..."jawab aku dalam nada yang orang puteh kata "awesome". 
Sempat gak aku melawak ngan budak ni aku kata "doktor tengah siapkan ko punyer wad, tu yang lambat sket tu..."...haha untuk membuatkan dia cuak  dan disebabkan terlalu lama menunggu, aku kata kat dia "doktor tu tengah siapkan coffin box skali kot...." hehe jangan mara ek Sham tak terniat untuk aku doakan benda-benda tak baik untuk member aku.

Dalam kul 6.30 baru la nombor 1285 tu dipanggil dan orang yang paling seronok adalah aku, lama gile kot tunggu....nasib bek ada fries and wedges kat kafeteria tadi kenyang gak perut aku...haha. Btw kafeteria kat Hospital ni memang sedap dengan harga yang murah....RM4 for sepinggan wedges dan sepinggan fries. Tapi air dia mahal, nescafe panas RM1.50...bapak mahal...kat KLCC 50sen jek...tapi tahun 70an dulu ar....hehe ade ke KLCC taun 70an dulu...fikir-fikirkanlah. 


Alhamdulillah doktor mengesahkan budak ni just berdarah di kerongkong je (je bukan bermaksud je...k), tak seteruk apa yang aku sangka. Ye lah mamat ni suka sangat merokok....ermmm...Aku x penah suka rokok sebab rokok adalah pembunuh nombor satu point lima di Malaysia.Kalau gi tadi aku yang bawa motor ni dia lak yang nak bawak motor...ermm suka ati ko lar Sham asalkan tak accident, tau-tau je lah jalan kat Kelang ni cam kat New York, banyak giler kete....(cakap macam aku penah gi jek....hehe). Okeh till next post, hope u hooked with it...yeah. Sayonara aligator haittt...(aduhhh terantuk sebab haitt terlebih...)

No comments:

Other Topics