Replika Masjid Dijadikan Sasaran Menembak

Apakah tujuan tentera Britain yang berpusat di Yorkshire Utara dalam menjadikan sasaran menembak mereka adalah replika sebuah masjid (Sasaran Replika adakah ini bermakna menembak masjid yang sebenar adalah fokus mereka) namun niat sebenar mereka tidaklah dapat kita ketahui dan kemungkinan besar ini adalah agenda terbaru mereka dalam mengaitkan Islam dengan keganasan. Berita ini dilaporkan oleh Kosmo Online. Hal ini bakal membangkitkan lagi kemarahan Umat Islam dengan isu kesan darah khinzir di dalam rokok yang belum lagi selesai, umat Islam diancam lagi dengan isu ini.
 Andaikata sasaran di dalam gambar itu bukannya masjid, apakah benda lain yang boleh digunakan untuk menggambarkannya (Sumber Gambar Kosmo Online)

BELLERBY - Beberapa kumpulan Islam mendakwa tentera Britain menjadikan replika tujuh masjid di sebuah padang sasar di Yorkshire Utara sebagai sasaran latihan menembak, lapor sebuah akhbar semalam.
Semua replika itu termasuk masjid terbesar di Afghanistan, Mazar-e-Sharif dapat dilihat dari jalan raya berhampiran lokasi berkenaan.

 
Gambar Sasaran Replika Masjid Yang Diambil Dari Jauh (Sumber Times Online)

Mengulas mengenai kontroversi itu, Majlis Masjid Bradford (BMC) menyatakan, masjid-masjid itu dijadikan 'simbol bahaya' bagi mengukuhkan tanggapan negatif mengaitkan Islam dengan keganasan.
"Kami berharap tentera Britain segera mengalihkan struktur berkenaan dan mengakui kesilapan mereka," kata wakil BMC, Ishtiaq Ahmed.
The shape of the structures, the colour of the dome – the green dome – symbolises an Islamic place of worship,” he said. (Source FreeThinker)

"Kami melawat lokasi itu pada Selasa lepas setelah menerima aduan orang ramai," tambahnya.

Ekoran pendedahan berita itu, agensi berita AP melaporkan, pihak tentera Britain kemudian memohon maaf kerana mengaibkabn kumpulan Islam tersebut dengan menjadikan masjid sebagai sasaran tembakan. -Agensi 

Comments

Popular posts from this blog

Lirik Pak Ude

Ya Hafizu Ya Syafi, Wahai Yang Menjaga Dan Yang Menyembuhkan, Jagakanlah & Sembuhkanlah

Kolej Matrikulasi Perlis