Mydin Oh Mydin...

Kadang-kadang saya terfikir betul ke barang-barang kat Mydin ni murah dan akhirnya satu kepastian telah tercapai, berbagai bukti telah diraih. Petang tadi saya berkesempatan untuk ke The Store dan Mydin dan selepas tu melepak sebentar di Ole-ole......Yelah nak lepak jejauh esok malam ada test.
MYDIN sesuai dengan perbelanjaan pengurusan seorang pelajar....

Saya dapat melihat beberapa perbezaan harga yang orang kata bagai Planet Marikh dengan Planet Pluto kerana barang-barang di Mydin walaupun dengan jenama yang sama tetapi murah. Contohnya Produk syampu LifeBouy. Yang saya lihat di The Store, syampu tersebut berharga RM8 tetapi di Mydin RM5.90. Pergh...kenapalah selama duduk hampir 3 tahun baru hari ni aku sedar yang kat Mydin tu murah. 

Namun andaikata anda seseorang yang mementingkan Mutu & Keunggulan (chewah... cam promote barang pulak) mungkin pasaraya selain Mydin menjadi keutamaan tapi bagi saya dengan bajet seorang pelajar dari keluarga sederhana juga dengan bantuan biasiswa yang tidak seberapa, saya cadangkan anda untuk membeli barangan harian di Mydin. 

Saya menggalakkan anda membeli di Mydin bukan kerana saya pemegang saham mahupun BOD (Board Of Director) Syarikat ini tetapi merupakan CFO yang tak bertauliah yang  hanya tahu pasal murah atau mahal sesuatu produk tu. 
 MYDIN Mohamed Holdings Bhd....sapa nak menyokong ekonomi kita kalau bukan kita sendiri....

Apa salahnya kita menyokong ekonomi umat Islam kita sendiri bukannya susah pun padahal harga yang ditawarkan lebih murah. Tetapi dalam kelebihan ada kekurangan, produk seperti jeans, beg mahupun kasut memang cantik tetapi kurang dari sudut kualitinya. Bagi saya yang lebih mementingkan harga, saya akan mengambil produk yang berharga murah dan kalau dah murah...kenelah pandai jaga sebab akan cepat rosak. 

Sekadar pengalaman yang ingin dikongsikan dari seorang pembeli yang hanya tahu erti mahal dan murah.....

Comments

nur hidayah said…
mydin ni penipu....
jangan percaya sgt dengan mydin kerana barangan yg dia jual bukannye berkualiti..dan cepat rosak
abbdullah said…
betul,dah banyak terjjadi,pekerja dia sendiri pun bgtau milo yg expired dia packing balik sebab tu boleh jual murah,jelake vetul

Popular posts from this blog

Lirik Pak Ude

Ya Hafizu Ya Syafi, Wahai Yang Menjaga Dan Yang Menyembuhkan, Jagakanlah & Sembuhkanlah

Kolej Matrikulasi Perlis