MPP IPT Bakal Dapat Buku Free

Pagi tadi bangun je dari tidur aku membuka Utusan Online dan tertarik dengan berita tentang Kementerian Pengajian Tinggi akan mewajibkan pimpinan tertinggi universiti iaitu Majlis Perwakilan Pelajar @MPP atau sesetengahnya dipanggil Majlis Perwakilan Mahasiswa @MPM  untuk mengkaji buku menakhoda zaman @ Helming The Times yang mengandungi ucapan Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

MPP IPT wajib kaji buku Menakhoda Zaman - Utusan Online (7 April)

TEMERLOH 6 April - Kementerian Pengajian Tinggi mewajibkan buku Menakhoda Zaman atau Helming the Times yang mengandungi ucapan penting Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai teks kajian pemimpin pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) di negara ini. 

 Datuk Sri Abdullah Ahmad Badawi 

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, pihaknya akan mengedarkan buku tersebut secara percuma kepada semua anggota Exco majlis perwakilan pelajar (MPP) membabitkan 20 IPTA dan 45 IPTS.

Buku Bertajuk Menakhoda Zaman Yang Dijual Di Kebanyakan MPH 

Tegas beliau, semua IPTA dan IPTS yang mengadakan konvensyen di peringkat universiti masing-masing diwajibkan menyediakan kertas kerja bagi mendiskusikan buku berkenaan.

''Siri ucapan Perdana Menteri itu mengandungi pandangan kritis, inovatif dan bersifat transformasi bagi mengangkat maruah, bangsa, agama dan negara.

''Buku ini ditulis dalam dua bahasa iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris bagi memudahkan tatapan masyarakat antarabangsa," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

 Helming The Times Edisi Not For Sale 

Pada 11 Oktober lalu, Najib melancarkan buku dwibahasa Menakhoda Zaman dalam bahasa Melayu dan Helming the Times dalam bahasa Inggeris yang merupakan himpunan ucapan beliau yang diolah semula semasa menjadi Timbalan Presiden UMNO dari 2004 hingga 2009.

Saifuddin berkata, buku tersebut amat sesuai kepada penuntut universiti untuk mengkaji isi kandungan dan cetusan minda Perdana Menteri.

''Buku ini dianggap istimewa kepada generasi muda terutama mahasiswa untuk mengkaji dan menghayati idealisme Najib selaku pemimpin untuk memperkasakan politik Melayu yang ditunjangi UMNO yang menjadi teras pembangunan negara.

''Ia juga sangat sesuai menjadi bahan kajian pemimpin pelajar sebagai bakal pemimpin masa depan untuk menghadapi cabaran semasa dan strategi mengatasinya secara berkesan," katanya.

Sebelum ini, jelasnya, golongan pelajar sering disogokkan dengan buku-buku politik yang hanya bersandar kepada teori yang ditulis penulis luar berbanding buku Menakhoda Zaman yang dihasilkan daripada realiti semasa dan pengalaman Perdana Menteri sendiri.

Mengulas kandungan buku berkenaan, tambahnya, ia mengandungi 11 bab menyentuh pelbagai isu politik UMNO, ekonomi, agama Islam, jati diri dan minda Melayu, transformasi budaya serta strategi mewujudkan Melayu glokal.

 Perdana Menteri melancarkan buku tersebut di Midvalley, Kuala Lumpur pada Oktober lepas....

Dalam perkembangan berkaitan, Saifuddin memberitahu, pihaknya bersetuju menukarkan status pinjaman pelajaran kerajaan kepada biasiswa kepada mahasiswa yang berjaya mencatat keputusan cemerlang dalam peperiksaan akhir di universiti.

''Peraturan yang berkuat kuasa 1 Januari lalu itu akan memberi dorongan kepada mahasiswa IPTA dan IPTS di negara ini untuk belajar lebih gigih bagi meraih kejayaan cemerlang sambil membuang budaya cukup makan," katanya.

Pada pendapat saya ini merupakan suatu usaha yang baik oleh kerajaan dalam membentuk kepimpinan politik pelajar yang tidak melupakan asal usul rumpun melayu itu sendiri namun saya cukup risau andaikata ini dijadikan isu politik oleh parti-parti pembangkang kerana buku ini mengandungi ucapan beliau semasa menjadi Timbalan Presiden UMNO....dan perlu diingat betapa bukan semua MPP IPTA/IPTS berpaksikan kepada ProA. Yang mana akhirnya mengakibatkan perkara sebenar yang ingin disampaikan oleh buku ini sendiri tidak tercapai.

Berikut adalah laporan berita oleh Utusan dalam bulan Oktober yang lepas sejurus pelancaran buku ini....

Najib lancar buku Menakhoda Zaman, Helming the Times 

(Dari Blog Dialog Rakyat)


KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan buku dwibahasa iaitu Menakhoda Zaman dalam bahasa Melayu dan Helming the Times dalam bahasa Inggeris yang merupakan himpunan ucapan beliau yang telah diolah semula semasa menjadi Timbalan Presiden UMNO dari 2004 hingga 2009.
 Pro Aspirasi @ Pro A UniTAR

Perdana Menteri dalam kata-kata pendahuluan buku itu memberitahu, Menakhoda Zaman dipilih sebagai tajuk buku bersempena dengan tema ucapan beliau ketika merasmikan persidangan serentak perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO pada 29 Mac lalu.

Tambahnya, ia menjadi amanat terakhir beliau selaku Timbalan Presiden UMNO kepada perwakilan ketiga-tiga sayap itu sebelum mengambil alih tampuk pimpinan parti.

"Buku ini merupakan koleksi inti pati daripada siri ucapan perasmian tiga sayap UMNO dalam kapasiti Timbalan Presiden selama lima tahun, penerbitannya pula bukan hanya ditujukan kepada ahli-ahli parti.

 Pro Mahasiswa UTM

"Penyuntingan semula lima ucapan itu dengan menyaring sebahagian besar aspek yang membabitkan politik dan UMNO, adalah untuk mengajak pembaca tanpa mengira latar belakang siasah mahupun keturunan untuk berkongsi kebimbangan, kepercayaan, pandangan juga wawasan saya demi bangsa dan negara ini, terutama orang Melayu," katanya.

Pelancaran buku itu di East Atrium Mid Valley Megamall turut dihadiri isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MPH, Datuk Ng Tieh Chuan dan Pengarah Urusan Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITJNM), Mohd. Khair Ngadiron di sini hari ini.

Buku setebal 152 muka surat itu dijual di semua cawangan MPH serta kedai buku utama seluruh negara pada harga RM42 di Semenanjung dan RM45 di Sabah dan Sarawak.

 Pro Mahasiswa UM 

Najib memberitahu, sebagai pemimpin pertubuhan Melayu terbesar negara, beliau tidak dapat lari daripada tanggungjawab memastikan orang Melayu tidak terus ketinggalan berbanding rakan dari kaum lain.

Bagaimanapun, tegasnya, selaku pemimpin sebuah negara majmuk, beliau tidak akan sekali-kali membiarkan kaum lain dipinggir atau dianaktirikan dalam usaha untuk memajukan orang Melayu.

"Konsep 1Malaysia yang saya perkenalkan sejurus selepas menggalas tanggungjawab menjadi Perdana Menteri jelas mengenai hakikat ini.

Perdana Menteri berkata, kesemua 11 bab di dalam buku ini adalah pecahan daripada lima ucapan beliau sebagai Timbalan Presiden UMNO sepanjang separuh dekad.
 Pro Mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

Katanya, lima ucapan itu masing-masing bertemakan Menakhoda Zaman (tahun 2009), Mengangkasa Tamadun Bangsa (2007), Memacu Minda Melayu (2006), Menjana Melayu Glokal (2005) dan Kesinambungan dan Perubahan (2004).

"Dua bab pertama daripada sedutan ucapan 2009 membicarakan mengenai politik, khususnya masa depan UMNO ekoran keputusan pilihan raya umum 2008.

 Tidak kira ProA, ProB mahupun ProC yang penting tanggungjawab kepada rakyat Malaysia adalah lebih penting daripada politik semata-mata....
"Bab lain memberi tumpuan kepada kedudukan, kelemahan dan masa depan orang Melayu serta bagaimana mereka boleh bangkit menjadi sebuah bangsa yang disegani dan dihormati," katanya.

Najib memberitahu, dimensi baru menuntut bangsa Melayu melonjak ke hadapan dengan memperkukuh daya saing untuk berlumba menjadi antara yang terbaik di pentas dunia.

Tegas beliau, orang Melayu tidak mempunyai pilihan kecuali berubah kerana jika orang Melayu gagal menakhoda zaman akan ketinggalan zaman.

"Sebahagian besar kandungan buku ini menjurus kepada usaha mengajak bangsa Melayu menyingkir kelemahan, menyahut cabaran, menggerak perubahan dan membina masa depan dalam zaman yang serba mencabar ini," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Lirik Pak Ude

Ya Hafizu Ya Syafi, Wahai Yang Menjaga Dan Yang Menyembuhkan, Jagakanlah & Sembuhkanlah

Kolej Matrikulasi Perlis