Menasihati Pemimpin.....

Setiap orang mempunyai cara tersendiri dalam menasihati pemimpin mereka samaada menggunakan cara halus atau kasar, cara dalaman atau cara hebahan, cara yang baik ataupun cara yang sebaliknya. Tapi bagi saya, saya lebih suka menggunakan cara yang tidak memalukan pemimpin sendiri kerana Islam sendiri telah menggariskan panduan kepada kita dalam menegur pemimpin. Antara panduan yang telah digariskan Islam dalam menasihati pemimpin berdasarkan beberapa Hadis dan antaranya:

(Baca Saya menasihati pemimpin tidak bermakna saya cukup lengkap sebagai seorang pemimpin namun sebenarnya mempunyai 1001 kekurangan dalam menjadi seorang pemimpin). 

“ Barangsiapa yang ingin menasihati pemimpin, maka jangan lakukan secara terang-terangan. Tetapi nasihatilah dia di tempat yang sepi, jika ia menerima nasihat itu, maka sangat baik. Jika tidak , maka Anda telah menyampaikan kewajiban nasihat kepadanya ”. (H.R Imam Ahmad).


Cara ini pernah dilakukan di zaman Khulafa Ar-Rasyidin iaitu Saidina Usman bin Affan oleh Usamah Bin Zaid yang tidak menegur Usman secara terang-terangan.


Selain dari itu Imam Syafii juga telah menggariskan betapa cara menasihati secara tidak terang-terangan bukan sahaja kepada para pemimpin tetapi juga kepada sesama teman.

“ Siapa yang menasihati temannya dengan rahasia maka dia telah menasihati dan menghiasainya, dan siapa yang menasihatinya dengan terang-terangan maka dia telah mempermalukan dan merusaknya ”.



Imam al Fudhail bin ‘Iyadh pula berkata :

“ Orang mukmin menasihati dengan cara rahasia dan orang jahat menasihati dengan cara melecehkan dan memaki-maki ”.

Jadi tepuk dada tanya iman, cara yang bagaimana sepatutnya kita pilih dalam menasihati pemimpin dan sesama teman-teman kita kerana sesungguhnya teman yang terbaik adalah teman yang mampu menegur temannya yang sedang dalam kemungkaran atau kealpaan kerana sesungguhnya kita sebagai manusia tidak pernah lepa dari membuat kesilapan.

Comments

Popular posts from this blog

Lirik Pak Ude

Ya Hafizu Ya Syafi, Wahai Yang Menjaga Dan Yang Menyembuhkan, Jagakanlah & Sembuhkanlah

Kolej Matrikulasi Perlis