Melihat Diri Sendiri Dari Kaca Mata Orang Lain.....

Baru malam semalam aku sedar betapa baiknya kalau kita boleh melihat diri sendiri dari kaca mata orang lain. Dari kaca mata orang lain kadangkala kita tahu apakah kesilapan yang kita lakukan. That is why don't be so egoistic that you think you are superior compared to others coz everything you think you do it in a right way, others may said it not. 

Kadang-kadang kita lihat diri kita terlalu lemah dalam sesuatu perkara tetapi yang lain mungkin melihat kita hebat tetapi yang sebaliknya berlaku apabila kita rasa kita hebat, orang lain mungkin akan pandang kita tidak hebat. Faham atau tidak terpulanglah kepada pembaca sendiri untuk memahaminya....

Banyak cara yang boleh kita lakukan dalam untuk melihat diri sendiri dari kaca mata orang lain sebagai contoh di dalam satu-satu presentation contohnya, lantiklah seorang rakan audience yang akan mencatit segala kelemahan kita di sepanjang presentation kita dan akhirnya kemungkinan besar kita akan dapat membaiki kelemahan itu sedikit demi sedikit.


Namun andai kata kita merupakan individu yang pantang dikritik maka kemungkinan besar kita tidak akan pergi jauh. Sebenarnya presentor atau penceramah yang terkenal juga menggajikan penontonnya untuk mengkritik dirinya untuk setiap ceramah atau presentation yang dilakukan. Pada pendapat saya, cara begini adalah cara terbaik untuk mengubah dan menghijrahkan diri ke arah yang lebih baik samaada dari sudut mental, spiritual mahupun apa sahaja yang kita mahu lakukan.


Ini hanyalah pandangan peribadi saya dan andaikata ada yang tidak berpuas hati saya memohon maaf dari hujung rambut ke hujung kaki kerana saya juga adalah manusia yang bisa membuat kesalahan dalam melakukan pertimbangan dan pandangan. Sekian. 

Comments

Popular posts from this blog

Lirik Pak Ude

Ya Hafizu Ya Syafi, Wahai Yang Menjaga Dan Yang Menyembuhkan, Jagakanlah & Sembuhkanlah

Kolej Matrikulasi Perlis