Hulu Selangor Oh Hulu Selangor...

Biodata Ahli Parlimen Hulu Selangor (2008-Mac 2010)


Nama: Y.B. Dato' Dr Zainal Abidin Bin Ahmad 
Jawatan Dalam Kabinet: Tiada
Parti: Parti Keadilan Rakyat (PKR)
Parlimen: P094
Kawasan: Hulu Selangor 
No Telefon:03-60573588
No. Fax:03-60573688
Email:  
1. huluselangor@parlimen.gov.my
2. hanapiah@Denso.com.my
Alamat Surat-menyurat: Lot 933 Batu 9 1/2 Jalan Cheras,43200 Kajang, Selangor.

Pada 25 Mac yang lepas  kerusi Parlimen Hulu Selangor kosong apabila Ahli Parlimennya sebelum ini Y.B. Dato' Dr Zainal Abidin meninggal dunia pada jam 9.27 malam, 25 Mac yang lepas di kediamannya akibat daripada penyakit barah otak. 

Masalah Banjir Merupakan Antara Masalah Terbesar Rakyat Di Kawasan Parlimen Hulu Selangor

Zainal Abidin, 71, meninggalkan isteri, Datin Siti Zaharah Mohd Zin, dan empat orang anak.
Beliau yang memenangi kawasan Parlimen Hulu Selangor pada pilihan raya umum Mac 2008 di atas tiket PKR, pernah menjadi Timbalan Menteri Besar Selangor ketika dalam UMNO semasa Tan Sri Muhammad Haji Muhammad Taib menjadi Menteri Besar.

Sebelum dilantik sebagai Timbalan Menteri Besar Selangor pada 1999, Zainal pernah menjawat jawatan Exco negeri, antaranya Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Pembangunan, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Penyelidikan dan Pengerusi Jawatankuasa Perjawatan, Pendidikan dan Sumber Manusia.
Zainal Abidin adalah seorang ahli akademik sebelum menceburi dunia politik sepenuh masa.
 Dijangkakan Calon Barisan Nasional Adalah Daripada MIC

Dilahirkan di Cheras pada 10 ODktober 1939, beliau memulakan kerjaya sebagai guru di Sekolah Tinggi Kajang (1961-1968) dan kemudiannya Pengetua, Sekolah Menengah Kuala Kubu Baru dari 1972-1973, sebelum dilantik sebagai pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 1974.

Zainal yang mendapat Doktor Falsafah Sains Politik dari University of California, Los Angeles, pada 1980 pernah menjadi Dekan, Fakulti Pendidikan UKM sebelum meninggalkan dunia akademik dan menyertai politik pada 1989.
Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yakin Pakatan Rakyat akan pertahankan kerusi Parlimen Hulu Selangor

Dalam UMNO, Zainal Abidin pernah menjadi Pengerusi, cawangan UMNO Cheras (1987) serta pernah mengetuai UMNO Bahagian Hulu Langat untuk beberapa penggal.
Zainal Abidin menyertai PKR pada 2005 dan menjawat jawatan sebagai Ahli Majlis Tertinggi parti itu bagi penggal 2007/2010.

Zainal turut aktif dalam pelbagai pertubuhan dan pernah menjawat jawatan seperti Pengerusi Persekutuan Pelajar Melayu, Pengerusi Majlis Pemuda Hulu Langat dan Naib Presiden Persatuan Olahraga Amatur Selangor.
Dijangka Penyandang Kerusi Parlimen Yang Lepas Datuk G Palinivel Bakal Bertanding....
Semasa dalam UMNO, Zainal memenangi tiga penggal berturut-turut kerusi DUN Dusun Tua atas tiket Barisan Nasional (BN), pada pilihan raya umum 1990, 1995 dan 1999.

Pilihan raya umum ke-11 pada 2004, Zainal digugurkan daripada menjadi calon.

Pada pilihan raya umum Mac 2008, Zainal membuat kejutan dengan merampas kerusi selamat BN di Hulu Selangor daripada penyandang Datuk G Palanivel yang juga Timbalan Presiden MIC, dengan majoriti tipis 198 undi.

Penamaan calon bakal diadakan pada 17 April ini manakala 25 April sebagai tarikh pilihanraya yang mana memberi masa kepada calon untuk berkempen selama 7 hari. 
Pilihanraya Kali Ini Dijangka Menemukan Dua Penjuru diantara Barisan Nasional Dan PKR

Parlimen ini mempunyai tiga kawasan dewan undangan negeri – Hulu Bernam, Batang Kali dan Kuala Kubu Baru – dengan ketiga-tiga kerusi dimenangi oleh BN pada pilihan raya umum lalu. Kerusi Hulu Bernam dan Batang Kali diwakili oleh Adun-Adun Umno manakala kerusi Kuala Kubu Baru berada ditangan wakil MCA.

Diharapkan kepada semua pemilih berdaftar untuk kawasan Hulu Selangor  agar melaksanakan tugas anda dalam memilih calon yang benar-benar layak dalam membawa suara anda ke Parlimen. 
Tunaikanlah Tanggungjawab Anda Sebagai Pemilih

Comments

Popular posts from this blog

Lirik Pak Ude

Ya Hafizu Ya Syafi, Wahai Yang Menjaga Dan Yang Menyembuhkan, Jagakanlah & Sembuhkanlah

Apa sebenarnya Skandal Enron @ Enron Scandal???