Jam 4.15 Pagi...

Semalam saya tidur agak lewat selepas baca subjek Korea saya duduk di hadapan komputer untuk menghabiskan esei saya yang bertajuk "Amalkan Sifat Mahmudah, Elakkan Sifat Mazmumah Kunci Ketinggian Budi Bahasa" yang hampir mencecah 2500 patah perkataan, alhamdulillah dalam jam 4.15pagi siap juga esei tersebut. Ini merupakan esei pertama saya sempena kempen budi bahasa UiTM yang mana tarikh tutupnya adalah pada 30 April 2010. Sebenarnya saya agak minat menulis sebab dengan menulislah kita dapat mengembangkan idea kita. 

Ini merupakan esei utama saya untuk pertandingan ini, insyallah andai kata diizinkanNya saya akan menghantar esei-esei sampingan tapi tak tahu lagi konsep dan cerita tentang apa yang saya ingin bawakan. Andai kata anda ada cadangan cerita yang best2....hehe bolehlah komen ek. Tengah berkira-kira nak buat latar belakang yang ada Piala Dunia.....ala-ala macam Piala Dunia Quiditich dalam citer Harry Potter gitu....haha berangan.

 
Syarat-syarat Penyertaan Pertandingan Poster....
Selepas habis menulis esei tersebut saya solat Isyak dan akhirnya tidur dalam fikiran yang masih lagi berputar dalam mencari cerita-cerita baru...chewah...haha. Tak sangkal pulak minat saya ada dalam menulis padahal bakat hampir zero...hehe.

Dan buat kawan-kawan yang juga minat menulis jom join pertandingan esei ni. Tarikh tutup dia pada 30 April ini, yang mana esei ini bertemakan Budi Bahasa dan Nilai-nilai MurnI dan kandungan esei mestilah tidak melebihi 3000 patah perkataan dan esei yang dipilih sebagai pemenang akan dimasukkan ke dalam buku Antalogi Esei. Apa-apa silalah hubungi Pusat Kebudayaan UiTM untuk maklumat lanjut.

Syarat-syarat Penyertaan Pertandingan Esei Tersebut....


Saya juga mintak kat kawan-kawan doakanlah esei tersebut mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan bakal-bakal pemenang esei tu nanti ek. Thank you and till next post...

Comments

Popular posts from this blog

Lirik Pak Ude

Ya Hafizu Ya Syafi, Wahai Yang Menjaga Dan Yang Menyembuhkan, Jagakanlah & Sembuhkanlah

Kolej Matrikulasi Perlis