Followers

Monday, 5 April 2010

Hadiah Pertandingan Esei Anjuran SPRM & PTAR

Petang tadi before g Kelas CRG aku g PTAR untuk ambek hadiah esei yang aku menang...alhamdulillah. Aku ingatkan aku jek yang masuk....hehe rupanya ada 30 orang yang masuk, alhamdullilah sebab esei aku yang tak seberapa tu dipilih.
Sijil Dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
 
Sijil Dari PTAR....

Anugerah Bintang Popular Yang Aku menang....hehe

Handtowel ala-ala Dinner Watikah dari SPRM

NoteBook SPRM

Keychain Berlampu Dari SPRM

Last but not least....hadiah wang tunai dari SPRM yang berjumlah RM2.5juta lemon....tapi kene contact pegawai SPRM untuk dapatkan wang tunai tersebut

Masa ambil hadiah tu kat PTAR tadi Kak Wani, pegawai PTAR jugak ada kata saya call awak tapi tak dapat sebab dia kata takde dalam perkhidmatan kalau tak awak dah masuk suratkhabar dah.....aku tersenyum jek. Dia gak jemput aku untuk join esei competition 22  April ni....ermmm tengoklah kak, saya cube ek sebab ada final exam time tu. Nak seribu daya, x nak seribu dalih kan.....kan...

Dibawah ni esei yang aku hantar kepada PTAR yang menyebabkan aku menang padahal esei aku cam budak sekolah jek....

Bersama Lakukan Perubahan Perangi Rasuah

Pernah tidak kita terfikir betapa antara faktor mengapa Kerajaan Empayar Rom tumbang adalah disebabkan oleh rasuah. Mengikut roman-history.suite101.com, faktor ini yang mana berlaku pada zaman kegemilangan dan kelimpahan harta benda di dalam Kerajaan itu sendiri dan berlaku terutama di dalam kalangan ahli politik Rom pada ketika itu pada sekitar penghujung abad ke 2. Pendek kata semua kuasa boleh dibeli dengan wang dengan cara merasuah ahli-ahli politik Rom pada ketika itu. Itulah contoh salah sebuah Empayar teragung jatuh tersembam ke muka bumi akibat daripada kerakusan ahli politik Rom sendiri dalam mencari habuan untuk diri sendiri semata-mata.
Atas sebab itulah mengapa SPRM atau Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia diwujudkan dan perkara pertama yang dibawakan oleh mantan Perdana Menteri kita iaitu Tun Abdullah Ahmad Badawi semasa beliau memegang tampuk pemerintahan kerajaan Malaysia.
Sememangnya SPRM telah banyak menangkap pemberi dan penerima rasuah samaada kecil atau jerung besar namun masih banyak lagi gejala rasuah yang berleluasa, justeru itu kita sebagai rakyat Malaysialah yang perlu membantu Suruhanjaya ini untuk memerangi rasuah.
Banyak perubahan yang kita perlu lakukan dalam membantu Suruhanjaya dan antaranya mengubah persepsi masyarakat tentang konsep “menjaga tepi kain orang lain”. Konsep ini perlu diubah kerana kadangkala kita perlu menjaga tepi kain orang lain agar orang yang diluar kain tidak akan teraniaya contohnya anda tidak mendapat sesuatu kontrak akibat tidak member rasuah kepada si pelulus kontrak. Memanglah apa yang berlaku di dalam kain adalah rasuah antara kontraktor yang lulus kontraknya dengan si pelulus kontrak namun anda sebagai orang di luar kain pula yang teraniaya. Maka atas sebab itulah konsep menjaga tepi kain orang lain ini perlua ada dalam memastikan tiada yang teraniaya. 
Selain dari itu konsep “whistle blower” juga perlu ada dalam masyarakat kerana tanpa angin pokok tidak akan bergoyang. Si “whistle blower” adalah angin manakala pokok adalah orang yang melakukan rasuah samaada penerima atau pemberi. Whistle blower juga adalah sumber informasi kepada SPRM dalam memastikan jerung besar khususnya akan tertangkap dan dihadapkan ke muka pengadilan.
Akhir kata,  kita sebagai ahli masyarakat perlu bersama lakukan perubahan, perangi rasuah agar rasuah di malaysia tidak terus bermaharajalela dan yang penting kita tidak akan senasib dengan Empayar Rom yang cukup agung pada suatu masa lalu dan semoga indeks rasuah yang digunakan dapat menunjukkan perkembangan pembendungan gejala rasuah di negara kita dan akhirnya setanding dengan negara-negara hampir sifar rasuah seperti Denmark dan beberapa negara Eropah lain. 

2 comments:

HiGHNeSS FiQ said...

tahniah acapan..
join esei xajak pn, bpa pth prkattaan..nmpk cm sikit je..hehe..
btw, congrtas!!

Ashraf Zabidi said...

hehe....tengkiu....

Other Topics