H1N1 Masih Aktif....


 Ingatkan panas hingga ke petang rupanya ribut di tengahari, begitulah yang boleh disimpulkan tentang H1N1 yang nampaknya kembali menyerang. Pada 3 April yang lepas 2 beranak menjadi mangsa terbaru kes ini iaitu seorang ibu dan anaknya yang baru melahirkan anak kedua. Mereka meninggal dunia di Hospital Melaka. (Berita Selanjutnya)
Sel Virus H1N1

H1N1 atau nama saintifiknya. Dengan serangan tersebut, H1N1 dianggap sebagai menyerang buat kali kedua di Malaysia namun dakwaan tersebut ditolak dan disangkal oleh salah seorang konsultan World Health Organisation atau WHO iaitu Prof Emeritus Datuk Dr Lam Sai Kit. Beliau menolak dakwaan tersebut kerana kes yang dilaporkan amat kecil dan tidak boleh dianggap sebagai serangan kedua di dalam berita yang dilaporkan di dalam NST hari ini. (Berita Selanjutnya)

Selepas dicampurkan dua kes kematian di Hospital Melaka tersebut adalah dilaporkan betapa kes yang kematian akibat H1N1 yang dicatatkan di Malaysia selepas 7 bulan terhenti adalah sebanyak 79 kematian dan kes yang dilaporkan pula ialah 53 kes dan 873 kes gejala seakan-akan ILI yang dilaporkan di Melaka sahaja. (Berita Selanjutnya)  
 Memakai Topeng Muka dan kurangkan berada di tempat awam antara cara-cara pencegahan....

Sebagai nasihat kepada rakyat Malaysia khususnya saya berharap agar kurangkan terdedah ke kawasan awam kerana gejala dan penyakit ini mudah tersebar di kawasan yang disebutkan dan adalah diharapkan semoga serangan kedua ILI @ H1N1 tidak akan berlaku. Sekian.

Comments

Popular posts from this blog

Lirik Pak Ude

Ya Hafizu Ya Syafi, Wahai Yang Menjaga Dan Yang Menyembuhkan, Jagakanlah & Sembuhkanlah

Kolej Matrikulasi Perlis