Ejen Penyamaran Kemasukan UiTM & Kes Saman......

 Menyamar ejen UiTM tipu pelajar (Kosmo Online - 17 April)

SHAH ALAM – Satu sindiket penipuan terancang yang menawarkan tempat pengajian di Universiti Teknologi Mara (UiTM) kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) terbongkar.

Sindiket berkenaan yang menyamar sebagai ejen pengambilan pelajar baru UiTM itu dikatakan membuat tawaran melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dikirim kepada remaja lepasan SPM secara rambang.

Menara Sains Dan Teknologi UiTM Shah Alam

Naib Canselor UiTM, Profesor Datuk Dr. Sahol Hamid Abu Bakar semalam mendedahkan kewujudan ejen palsu itu yang dikesan telah menipu sekurang-kurangnya 10 individu di sekitar Seremban dan Melaka.

Katanya, setakat ini hanya seorang daripada 10 mangsa telah membuat bayaran pendahuluan sebanyak RM500 kepada ejen berkenaan.

“Selepas disiasat, mangsa berkata, ejen ini mengenakan bayaran pendaftaran di antara RM2,160 hingga RM2,700.

“Ini sudah satu penipuan kerana UiTM hanya caj wang sumbangan di antara RM200 hingga RM400 semester bagi seorang pelajar,” katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini semalam.

Persoalannya adakah ia berkaitan dengan kes saman UiTM sebelum ini?Adakah dalang yang sama bertindak disebalik kes-kes ini. Apakah tujuan sebenar dalang ini dalam memburukkan nama UiTM di kalangan IPTA-IPTA yang bakal menjadi pilihan para pelajar dari kalangan lepasan sekolah, matrikulasi, diploma, ijazah dan sebagainya. Adakah ini semata-mata untuk menganggu kedudukan UiTM sebagai peneraju kemasukan para pelajar cemerlang ke UiTM???? Mungkin kita perlukan masa untuk menentukan.....

Kes dibawah ini mungkin (Baca Saya katakan MUNGKIN) ada kaitan dengan dengan dalang tersebut....

Syarikat IT saman UiTM RM34.2 juta(Kosmo Online 1 April)

SHAH ALAM 1 April - Sebuah syarikat teknologi maklumat (IT) hari ini memfailkan saman terhadap Universiti Teknologi Mara (UiTM) bagi menuntut ganti rugi RM34.2 juta kerana didakwa melanggar perjanjian berhubung sistem permohonan kemasukan pelajar secara dalam talian (online).

Saman tersebut difailkan oleh Trius Computers Sdn. Bhd. melalui firma guaman Tetuan Hazura Yusoff & Partners di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini pada pukul 12.30 tengah hari.

Mengikut pernyataan tuntutan, Trius Computers selaku plaintif mendakwa telah dilantik oleh UiTM untuk membangunkan sistem perisian komputer yang dikenali sebagai Aplikasi Elektronik UiTM melalui satu perjanjian yang ditandatangani pada 15 Januari 2004.

Sistem tersebut bertujuan memproses permohonan kemasukan penuntut di peringkat sijil, pra diploma, diploma, ijazah sarjana muda, ijazah sarjana, ijazah doktor falsafah dan kursus-kursus profesional yang ditawarkan.

Melalui perjanjian tersebut, plaintif mendakwa alamat www.uitmonline.edu.my. yang dibangunkan oleh syarikatnya akan digunakan selama tempoh 15 tahun iaitu dari 21 Ogos 2001 hingga 20 Ogos 2016.

UiTM yang dinamakan sebagai defendan bagaimanapun didakwa melanggar perjanjian tersebut apabila mengiklankan alamat laman web yang tidak dikendalikan oleh plaintif iaitu http://www.online.uitm.edu.myMingguan Malaysia pada 7 Mac lalu. bagi permohonan kemasukan pelajar untuk Sesi Julai 2010 di akhbar

Walaupun surat rasmi bagi meminta penjelasan telah dihantar kepada UiTM pada 8 Mac lalu, plaintif mendakwa, sehingga hari ini tiada sebarang maklum balas diterima daripada defendan berhubung perkara itu.
Plaintif mendakwa, kegagalan UiTM mematuhi perjanjian itu menyebabkan pihaknya mengalami kerugian sebanyak RM34.2 juta selain dinafikan hak-hak yang sah seperti dalam perjanjian.
Dua kes besar ini akan membuktikan betapa VC UiTM yang baru ini tidak mudah melatah dalam mencari jalan penyelesaian yang terbaik....insyallah...

Tetapi saya percaya dengan kepimpinan Datuk VC yang baru iaitu Datuk Prof Dr Ir Sahol Hamid Abu Bakar perkara ini akan ditangani dengan sebaik mungkin dan dalang yang tidak bertanggungjawab dalam memburukkan nama UiTM dan seterusnya menyebabkan UiTM disaman RM34.2 juta akan dibawa ke muka pengadilan.

Comments

Ashraf Zabidi said…
Ada ralat di dalam Utusan Online samaada kes saman tersebut berjumlah RM34.2 juta ataupun RM32.4 juta....
amirul mukmin said…
apa teras yang digunakan dalam mengaitkan antara 2 kes tersebut?
Walaupun kedua-dua kes tersebut adalah berkaitan dengan pendaftaran pelajar, tetapi pada saya jika dalangnya adalah sama, mengapa perlu untuk membuat kumpulan ejen yang mana risiko untuk kehilangan 34.2 juta adalah tinggi sekiranya ia dikesan.
Ashraf Zabidi said…
teras.....saya rasa bahagian BPP lebih tahu tentang perkara tu. Tak nak komen lebih2....wallahualam.

Popular posts from this blog

Lirik Pak Ude

Ya Hafizu Ya Syafi, Wahai Yang Menjaga Dan Yang Menyembuhkan, Jagakanlah & Sembuhkanlah

Kolej Matrikulasi Perlis