Kerana Pemimpin...

Semalam P Kamalanatahan berjaya memenangi majoriti sebanyak 1745 keatas Datuk Zaid Ibrahim dan diangkat sebagai ahli parlimen kawasan tersebut, tahniah diucapkan. Makluman kemenangan beliau saya baca dari Utusan Online yang mana mungkin turning point kepada Barisan Nasional sudah ada namun perlu dipertingkatkan lagi.

P Kamalanathan Bersama Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin

Saya juga sempat membaca beberapa laporan dari beberapa website yang lain tentang pilihanraya yang diadakan ini, namun agak kesal apabila calon sesama calon bertanding pengundi pula menjadi mangsa. Calon dengan calon tidak bertumbuk, pengundi pula yang cedera, ye memang inilah pentas politik bagaimana ada pula acara parang memarang dan sebagainya.

Saya sebenarnya lebih suka melihat suatu aspek di pentas politik itu dari dua aspek, aspek pemerintah dan aspek pembangkang kerana tidak semua apa yang pemerintah katakan itu benar dan tidak semua apa yang pembangkang katakan itu salah dan juga sebaliknya. Masing-masing mempunyai kelantangan dalam bersuara walaupun dalam kelantangan tersebut terserlah kebatilannya.

Suasana Pilihanraya dan riuh rendah di kawasan pilihanraya tersebut

Tetapi sebenarnya riuh rendah suasana pilihanraya inilah yang menghidupkan sesuatu pilihanraya itu, yang dipilih bakal menjadi suara rakyat ke Parlimen, bukan sahaja suara rakyat yang menyokongnya tetapi juga suara rakyat yang menolaknya. Sekarang yang penting kepada Yang Berhormat P Kamalanathan adalah bagaimana cara yang bakal beliau ambil dalam memastikan pengundi yang telah mengundinya berpuas hati dan merasakan pilhan yang telah dibuat itu adalah tepat dan bagaimana pula untuk menarik yang menolaknya dengan tidak mengundinya agar menyokongnya. 

Kepercayaan itu memang mahal untuk dibeli dan sekali kita mendapat kepercayaan jangan dipersiakan kerana kepercayaan yang hendak dibeli semula bukanlah sesuatu yang mudah.

 P Kamalanatahan Bersama Isteri, Selamat bertugas YB dan kejayaan setiap lelaki adalah wanita dibelakangnya...

Kepada Yang Berhormat P Kamalanathan Selamat Bertugas dan Kepada Pengundi Parlimen Hulu Selangor Sokonglah Ahli Parlimen yang telah dipilih ini dalam menjalankan tugasnya. 

Comments

Popular posts from this blog

Lirik Pak Ude

Ya Hafizu Ya Syafi, Wahai Yang Menjaga Dan Yang Menyembuhkan, Jagakanlah & Sembuhkanlah

Kolej Matrikulasi Perlis