Din Beramboi Pulang Ke Rahmatullah....

Din Beramboi yang terkenal sebagai pengacara, DJ dan juga pelawak....beliau juga popular melalui majalah Ujang

Baru pagi ni seawal jam 6 pagi aku mendapat berita bahawa pelawak terkenal Malaysia Din Beramboi pulang ke Rahmatullah pada malam semalam di Hospital Selayang dalam jam 12.30 malam semalam. Beliau atau nama sebenarnya Mior Ahmad Fuad Mior Badri akan dikebumikan sebelum solat Jumaat di Taman Perkuburan Taman Ehsan, Kepong.Allahyarham meninggalkan seorang balu, Suhaini Che Man dan tiga cahaya mata perempuan termasuk anak sulungnya, Nil Aina Adibah, 18.  Semoga Allah mencucuri rahmat keatasnya Al-fatihah.....

Lawak dibawah mungkin akan diingati sehingga bila-bila terutama bagi warga MOY Production....

Sesugguhnya kepulangan Din Beramboi suatu kehilangan besar untuk industri hiburan tanah air dan juga untuk MOY Production yang menghasilkan majalah Ujang...yang mana perlu mencari watak baru di dalam Majalah ini bagi menggantikan Pak Din....

Kepulangan Allayarham bukanlah Lawak Mengejut tetapi merupakan kepulangan yang menandakan betapa hilangnya sebuah permata di dalam industri hiburan negara
Allyarham pernah popular dengan Ah-Ha di TV3....

Merupakan salah seorang DJ untuk ERA...
Semoga Allaryarham diletakkan didalam golongan orang-orang yang beriman....

Antara komen-komen peminat Abang Din tentang kepulangannya....

Antara koleksi hasil kerja Din Beramboi.....





Ya Allah kau letakkanlah Allayarham di kalangan hamba-hambamu yang soleh....

Comments

Popular posts from this blog

Lirik Pak Ude

Ya Hafizu Ya Syafi, Wahai Yang Menjaga Dan Yang Menyembuhkan, Jagakanlah & Sembuhkanlah

Kolej Matrikulasi Perlis