Sehari Ke Pejabat SPRM Selangor....

Pagi tadi, aku ke SPRM @ Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Selangor kat Tingkat 7 bangunan PKPS (Tingkat 7)  untuk berjumpa ngan En Zamani untuk "convert"kan baucer tunai yang aku menang masa esei SPRM kat PTAR hari tu. Alhamdulillah lar, takde la susah sangat nak carik sebab dalam kawasan Shah Alam jek. Time tu Encik Zamani ada meeting so aku kene tunggu jap dan dalam waktu menunggu tu ada gak lar bersembang ngan beberapa orang yang lepak sekali ngan aku kat lobby tu. 
 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia......takut gak nak masuk pejabat ni sebab ada rimau....kat logo tu...hehe

Kami berbual pasal beberapa topik antaranya pasal kekurangan dana Kerajaan....so dia yang merupakan wakil Jabatan mana tah dari Subang datang ke SPRM untuk follow up pasal budget apa tah. Lagi-lagi sebelum pilihanraya kat Hulu Selangor 25 April ni maka banyak la projek-projek yang bakal dijanjikan kepada penduduk di sana yang hampir mencecah bepuluh juta sedangkan Kerajaan mengalami masalah defisit. Tapi aku yakin, Kerajaan Malaysia dibawah seliaan Perdana Menteri Datuk Sri Najib tahu apa yang akan dilakukan.....insyallah.   
 Sampul baucer tu yang mintak aku contact En Zamani....

Lepas menunggu beberapa lama, aku dipanggil masuk ke bilik mesyuarat untuk sign surat pengakuan terima duit tersebut yang berjumlah RM25juta lemon.....haha yer la tu. RM50 je, tapi alhamdulillah ar, sape nak bagi banyak tu free-free....

Kene jumpa PPs....amende PPs tu wallahualam...


So untuk rakan-rakan aku yang rasa boring, join la program-program camni @ masuk apa-apa pertandingan esei yang tak kene bayar kalau nak masuk...hehe. Aku menang bukan sebab aku hebat, aku menang sebab orang yang hebat tak mau masuk...huhu

Comments

Popular posts from this blog

Lirik Pak Ude

Ya Hafizu Ya Syafi, Wahai Yang Menjaga Dan Yang Menyembuhkan, Jagakanlah & Sembuhkanlah

Kolej Matrikulasi Perlis