Cemburu & Manusia.....

Pernah tak kita terfikir mengapa manusia ni ada perasaan cemburu??? Adakah cemburu itu menandakan kita sayang atau cemburu itu adalah satu penanda betapa kita ni tiada keyakinan dalam diri. Tepuk dada tanya diri sendiri mengapa kita cemburu....Dengan cemburu jugak kita akan rasa tercabar, betul x? 

Ada juga manusia yang bila cemburu sanggup menggunakan cara-cara yang tidak masuk akal dalam memastikan orang yang dicemburui hilang keistemewaannya....dunia oh dunia.

Cemburu ini ada pro and "cons"nya yang tersendiri, cemburu bisa membinasakan dan cemburu juga bisa mengindahkan kehidupan dan memastikan bahawa kita sentiasa mahu menjadi yang terbaik. Pendek kata kerana cemburu "there are no acceptance less than grade A effort".

Dengan cemburu, cinta jadi indah dengan dengan cemburu manusia bisa punah. Maya Angelou, seorang penulis dan penyair terkenal dunia mengumpamakan cemburu di dalam perhubungan seperti garam di dalam masakan; sedikit menambah rasa, terlalu banyak merosakkan selera, dan pengambilan yang banyak dan selalu mungkin hingga meragut nyawa.

Jealousy in romance is like salt in food. A little can enhance the savor, but too much can spoil the pleasure and, under certain circumstances, can be life-threatening. ~Maya Angelou

Jangan sesekali membiarkan fikiran anda dikawal emosi dan kerana setiap kali anda mengagak apa yang mungkin berlaku, hati terasa ingin pecah kerana cemburu.

 
Islam telah menggariskan beberapa panduan dalam mengatasi masalah cemburu dan antaranya:
  • Bertakwa kepada Allah
  • Mengingat-ingat pahala yang besar jika bersabar
  • Menjauhi tempat-tempat yang biasa digunakan untuk pamer dan riya’
  • Berbaik sangka
  • Mengingat-ingat mati dan hari akhirat
  • Berdoa

Jadi apapun terpulang kepada kita samaada untuk biarkan emosi menguasai akal ataupun akal yang menguasai emosi kerana akhinya penguasaan ini akan menghasilkan suatu keputusan yang  akan kita buat dalam kehidupan seharian.

Comments

Popular posts from this blog

Lirik Pak Ude

Ya Hafizu Ya Syafi, Wahai Yang Menjaga Dan Yang Menyembuhkan, Jagakanlah & Sembuhkanlah

Kolej Matrikulasi Perlis