Bagaimana Anda Melihat Diri Anda Dalam Masa Lima Tahun???

Apa yang anda akan jawab jika ditanya bagaimana anda melihat diri anda dalam masa 5 tahun?


Sekiranya kita bertanya kepada budak-budak bawah sepuluh tahun tentang soalan ini apa agaknya mereka akan jawab? Mungkin mereka akan bertanya kembali berapa lama 5 tahun tu? Kalau jadi ultraman boleh tak? Tetapi bukan semua kerana kanak-kanak kini bijak-bijak belaka.


Sekiranya kita tanya kepada pelajar sekolah menengah tentang soalan ini, kemungkinan besar mereka akan menjawab ingin sambung belajar di universiti di Malaysia mahupun luar.atau sekiranya kita bertanya kepada pelajar sekolah rendah mungkin mereka akan menjawab ingin berada di sekolah-sekolah yang terbaik.


Kalau kita bertanya pula kepada ibubapa kita apakah yang mereka ingin jadi dalam masa 5 tahun...agak-agak apa jawapannya? Mungkin ada yang menjawab ingin menunaikan haji bagi yang belum, mungkin juga ada yang menjawab ingin buka bisnes, mungkin ingin melihat anaknya mendirikan rumah tangga dan sebagainya dan jawapan yang paling popular ingin melihat anaknya berjaya.


Kita mungkin ingin tahu apakah jawapannya sekiranya soalan ini ditanyakan kepada atuk dan nenek kita (bagi yang masih hidup) apakah yang mereka ingin jadi dalam masa 5 tahun?? Kemungkinan besar mereka akan menjawab ingin menghabiskan usia tua bersama cucu dan ditikar sejadah dalam merapatkan diri kepada Allah. 


Andaikata saya ditanya soalan ini, saya ingin menjawab bahawa saya ingin meletakkan diri saya di tempat dimana saya mampu untuk membantu orang lain kerana pada saya membantu orang lain mencapai kebahagiaan itu indah dan seperti yang kita tahu memberi tu lebih baik dari menerima dan andaikata kita memberikan kebahagiaan kepada orang lain, kebahagiaan yang tidak ternilai akan diberikan oleh Allah kepada hambanya.Apakah tempat untuk saya memberikan kebahagiaan kepada orang lain???? Entah la..mungkin seorang pendidik, ahli politik atau mungkin seorang ahli usahawan berjaya yang tidak mementingkan materialistik semata tetapi yang lebih utama memastikan produk yang dihasilkan dapat membantu orang lain.....insyallah.   

Kini saya tanyakan pula kepada anda bijak pandai yang merupakan pelajar institusi tinggi yang tahu erti perancangan malah boleh terangkan kepada saya dengan lanjut tentang jenis-jenis perancangan dari perancangan strategik sehinggalah ke perancangan yang tidak pernah saya dengar. Bagaimana anda melihat diri anda dalam masa 5 tahun? Mungkin sebagai pembantu golongan kanak-kanak, ibubapa dan orang tua mencapai tujuan masing-masing. Tepuk dada tanya fikiran, Tepuk hati tanya apakah yang anda ingin jadi.....

Sekian

Ashraf Zabidi
Penulis Bebas

Comments

Popular posts from this blog

Lirik Pak Ude

Ya Hafizu Ya Syafi, Wahai Yang Menjaga Dan Yang Menyembuhkan, Jagakanlah & Sembuhkanlah

Kolej Matrikulasi Perlis