Apa Kes????

Semalam saje-saje call abah ngan mama sebab dah agak lama tak call diaorang (almost two days...huhu). Alhamdulillah sumenye sehat, but yang memanjangkan kes adalah bila abah kata dia dapat surat saman dari syarikat peguam sebab tak bayar bil telefon yang tertunggak RM218 yang menggunakan nombor yang dia pun tak tahu nombor sape???? Hah....dah biasa sebenarnya kes camni, dulu member aku Din pun kene gak tak silap RM800 yer ke Din yang menggunakan talian UMobile padahal dia tak penah guna pun just amek simcard jek (Betulkan aku kalau aku silap ek..). 
 Gambar Sekadar Hiasan

Abah guna nombor Celcom tapi nombor Celcom abah berpangkalan kat Perak, yang peliknya bil telefon yang tertunggak tu berpangkalan kat Kedah dan kat surat tu jugak mempunyai alamat yang pelik means "26 Laluan Sri Ampang 26" instead of "28 Laluan Sri Ampang 26" tapi atas nama abah....ermmm camne tu?


Berdasarkan suatu kes yang hampir sama yang berlaku di KL, dia melaporkan bahawa dia dicaj penggunaan telefon sebanyak RM4,000 dari dua nombor berbeza yang didaftarkan atas namanya dan apabila dia hendak melihat transaksi nombor yang digunakan ia tidak dibenarkan oleh pihak syarikat komunikasi tu. Ape kes beb????


KUALA LUMPUR: Seorang lelaki terkejut apabila apabila menerima bil telefon ‘hantu’ daripada sebuah syarikat telekomunikasi yang menuntutnya membayar dua telefon berbeza yang didaftar atas namanya berjumlah hampir RM4,000.

Mohamad Faizal Abu Samah, 20, berkata kali pertama menerima bil dari syarikat terbabit pada November tahun lalu dan sehingga kini hampir setiap bulan dia menerima bil telefon daripada dua nombor yang tidak pernah digunakannya dan setiap kali diperiksa, jumlah yang perlu dibayar itu semakin meningkat.

Katanya, lebih menghairankan, bagaimana dua nombor telefon terbabit didaftarkan atas namanya sedangkan sehingga kini dia hanya menggunakan satu nombor telefon melalui sistem prabayar sebuah syarikat telekomunikasi lain.

“Saya sendiri pelik bagaimana dua nombor telefon ini didaftarkan atas nama saya sedangkan sehingga kini hanya menggunakan satu nombor telefon prabayar dan itupun dengan syarikat telekomunikasi lain.

“Lagipun, takkan pula saya hendak pakai dua talian telefon bimbit secara bil sedangkan saya sendiri baru tamat belajar dan pastinya tidak mampu membayarnya,” katanya ketika ditemui di Balai Berita di sini, baru-baru ini.

Menurutnya, sejak pertama kali menerima bil dari syarikat terbabit pada November tahun lalu, dia pernah membuat aduan ke ibu pejabat syarikat telekomunikasi berkenaan, namun layanan yang diterimanya sangat mengecewakan.

Katanya, kakitangan syarikat itu hanya memberitahu nombor terbabit digunakan sebuah syarikat, namun apabila dia meminta alamat serta rekod transaksi penggunaan dua nombor telefon berkenaan, pihak syarikat telekomunikasi terbabit tidak membenarkannya.

“Sepatutnya saya ada hak melihat rekod penggunaan nombor terbabit kerana ia didaftarkan atas nama saya...sebaliknya mereka mengatakan ia tidak boleh diserah serta ditunjukkan kepada saya,” katanya yang turut membuat dua laporan di Balai Polis Brickfields.

Mohamad Faizal berkata, bagi mengelak dia terus didatangi bil hantu, dia meminta syarikat telekomunikasi itu menyekat serta memotong talian dua nombor telefon berkenaan, namun yang mendatangkan kemusykilan apabila sehingga kini dia masih menerima bil setiap bulan sedangkan kakitangan syarikat itu mendakwa sudah memotong talian itu.-Sumber Carigold Dot Com

 
Parlimen Malaysia patut membincangkan isu ini dengan lebih mendalam kerana dikhuatiri akan menyusahkan lebih ramai pihak yang tidak bersalah di kemudian hari...

 Kini Parlimen sendiri mungkin patut mengusulkan kes-kes camni dan mempertingkatkan rang undang-undang yang sedia ada sebagaimana yang telah termaktub dalam Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998. dan sekiranya tidak mungkin lebih ramai rakyat yang akan menjadi mangsa syarikat telekomunikasi yang tidak bertanggungjawab ini (Tidak merujuk kepada mana-mana syarikat). Apapun abah kata arini dia join CSI settlekan kes ni.....goodluck la ek. 

Comments

Popular posts from this blog

Lirik Pak Ude

Ya Hafizu Ya Syafi, Wahai Yang Menjaga Dan Yang Menyembuhkan, Jagakanlah & Sembuhkanlah

Kolej Matrikulasi Perlis