Squash MICPA Acc Week & Al Fatihah Buat Pak Long....

6 Mac 2010 - Hari ini merupakan hari yang aku tunggu tunggu iaitu Micpa Accountancy Week tapi yang bestnya pada malam Jumaat tu aku tidor awal sebab pada masa tu tempat aku dalam game skuash untuk hari ni masih samar2 tapi bila aku bangun saja pada hari ni, benda yang paling penting yang aku tengok adalah handset dan SMS yang aku terima tertulis 
"kepada semua peserta Skuash Accountancy Week anda diminta untuk turun ke Kompleks Sukan sebelum jam 9 pagi untuk memudahkan proses pendaftaran, sekian terima kasih"
Jam tatkala tu menunjukkan kol 9.05pagi dan tatkala tu jugak mandi pun blum lagi dan baru 2 minit bangun so aku segera bergegas ke Kompleks Sukan selepas mandi. 

Di Kompleks Sukan, program dimulakan dengan Opening Ceremony and Opening Speech oleh Datuk Razlan, Timbalan Presiden MICPA. Aku join kejap je sebab nak memanaskan badan kat gelanggang skuash. Dan orang yang aku akan lawan adalah orang kuat fakulti Sdr Ku Faisal yang sekarang dah bekerja di Shapadu Group antara tempat yang menawarkan aku tempat praktikal sebelum aku memilih UMW Toyota. 

Tinggi rupanya langit tu, aku kalah straight set dalam perlawanan Best Of 3 dalam 2 set, 11-3,11-4....haha padan muka ko Acap, ko amek ni as pengajaran betapa penciptaan juara bukan proses dalam masa satu hari.
Skuash Micpa Accountancy Week ni dimenangi oleh Mr Ching iaitu salah sorang member MICPA yang bekerja dengan Syarikat Hartamas. 

Sempat gak ar aku interview dia, dia gak selalu turun kat Bukit Jalil untuk tengok beberapa pemain Malaysia dan Dunia main skuash cam Ong Beng Hee, Azlan Iskandar, Nicol David, Natalie dan lain-lain. And info yang aku dapat boleh tentang CIMB Open yang semua boleh join yang akan diadakan pada 15 Mac ni, 2 hari selepas Majlis Watikah Perlantikan. Lepas abes men skuash untuk ni, tumpuan aku adalah program 13 aribulan ni sebagai Biro Program dan Performer.....insyallah.
Sebelum balik bilik aku makan tengahari kat Restoran apetah kat Seksyen 7 tu ngan Halim and Krol. Dan tiba-tiba dalam jam tepat pukul 1.00petang aku mendapat panggilan dari Ipoh daripada Abah yang mengatakan Pak Long meninggal dunia. Tak sampai setahun rasanya mak long pergi kali ni Pak Long pulak...huhu mungkin inilah yang dinamakan qada dan qadar. Khabarnya pak long kurang gula dalam badan, mungkin kerana tiada orang yang menjaganya. Semoga beliau ditempatkan di tempat hamba2nya yang  beriman dan soleh.Aku tak tahu nak balik atau tak and lima minit kemudian baby pulak call dan tanya whether aku akan balik atau tidak dan dia kata ada final Isnin ni, mungkin hanya sekadar surah Al-Fatihah dapat kami sedekahkan untuk menemani Pak Long d
isana.....Al-Fatihah....

Comments

Popular posts from this blog

Lirik Pak Ude

Ya Hafizu Ya Syafi, Wahai Yang Menjaga Dan Yang Menyembuhkan, Jagakanlah & Sembuhkanlah

Apa sebenarnya Skandal Enron @ Enron Scandal???