Followers

Monday, 15 March 2010

Selangkah Ke UiTM Dan MegaSales Kat Stadium Shah Alam...

Lepas penat bekerja untuk program Dinner semalam, aku ngan Zaimi, member bilik aku ke Dewan Raja Muda Musa untuk saja round-round atau bahasa politiknya kita panggil sebagai turun padang untuk melawat tapak Ekspo Selangkah Ke UiTM dan jugak sebagai lawatan mantan MPP ke booth-booth sekitar. Tapi sebelum tu kami lepak kat Seksyen 6 dulu untuk makan tengahari.Sebenarnya tujuan kami nak dapatkan beg-beg free yang lawa dan cantik jek...hehe

Selamat Datang Ke Ekspo Selangkah Ke UiTM 2010

 Di Hadapan Pintu Masuk
 
 Papan Alir Pendaftaran

Kaunter BPP

Booth PTPTN, antara booth yang paling banyak duit...haha

 Kaunter tumpuan dimana buku uitm yang lawa lagi cantik menjadi rebutan....jumpa Akmal mantan MPP kat sini sebab dia tengah praktikal dengan bahagian Komunikasi Korporat UiTM

 Undang-undang dan lawyer tidak dapat dipisahkan....yer ke?

Orang yang menjadi VVIP di Dinner malam semalam sedang menerangkan kos yang ada di fakulti...cayalah Prof Dr Ibrahim Kamal Abdul Rahman, moga fakulti terus meneraju Akauntan Profesional Bumiputera ke arah global

Lepas tu kami lepak jap kat stadium untuk window shopping yang mana akhirnya aku membeli jam baru yang berharga RM15 dan charger hendset baru sebab charger semalam tertinggal kat KGSAAS yang berharga RM10 yang mana total = RM25.
 Kat depan stadium tu ade booth Astro yang memberi hadiah kepada setiap pelanggan yg menjawab dengan betul, Zaimi yang berbaju merah tu semangat mendengar...hehe jangan mara ek Mi...

Sales di Stadium Tertutup Shah Alam....

No comments:

Other Topics