Pemikiran Menentukan Siapa Kita....

Pemikiran dan kotak minda merupakan suata senjata motivasi yang amat penting untuk setiap insan di muka bumi.Pemikiranlah yang akan membentuk siapa anda??? Positif atau negatif itu terpulang kepada pemilik minda tersebut, andai kata positif, maka positiflah yang anda akan jadi dan sebaliknya

Seseorang yang berfikiran sebagai seorang juara akan bertindak seperti seorang juara...
Seseorang yang berfikiran sebagai seorang usahawan berjaya akan bertindak sepertinya...
Seseorang yang berfikiran sebagai seorang pelajar cemerlang akan bertindak sebagai seorang pelajar cemerlang....

Siapa pun anda ingin jadi ia terpulang kepada tuan punya badan dan tuan punya minda tersebut. Tepuk dada tanyalah iman dan tanyalah minda anda, anda ingin menjadi orang A atau B, orang berjaya atau tidak, orang biasa atau orang yang 'extraordinary', orang yang sekadar melukut di tepi gantang ataupun memberi gandum kepada orang lain.

Apapun ia bergantung kepada anda, kerana di dalam hidup anda,

andalah penentu....
andalah peneraju.....
anda jugalah pembantu...
dan anda jugalah pemilik pemikiran yang bakal menentukan siapa anda....
yang mungkin menjadikan segalanya yang anda fikirkan....

Sekian..

Ashraf Zabidi

Comments

Popular posts from this blog

Lirik Pak Ude

Ya Hafizu Ya Syafi, Wahai Yang Menjaga Dan Yang Menyembuhkan, Jagakanlah & Sembuhkanlah

Kolej Matrikulasi Perlis