Jauh Sudah Aku Melupakanmu Ya Allah

 Petang tadi aku ke Restoran Hakim untuk menikmati makan malam dengan member baik aku Sham, dan pada masa tu tv menayangkan channel Oasis yang aku tiba-tiba tertarik, bagaikan sudah begitu lama aku tidak mendengar kalimah-kalimah suci Allah. Masyallah kemana kau menghilang Mohd Ashrafffffff....

Hati aku sayu mendengar, yalah kita sebagai manusia biasa tidak tahu bila ajal bakal menjemput kita. Andai kata Allah menjemput aku untuk menemuinya tatkala aku yang terjerumus jauh dan langsung tidak mengambil berat tentang urusannya dipanggil tentu sekali akulah insan yang tidak mengenang budi dan bersyukur kerana telah beribu nikmat Allah berikan tetapi untuk aku ucapkan sebuah kesyukuran pun cukup susah. 

Mengapa aku terpesong dengan keindahan dunia
Sedangkan akhirat itu lebih hakiki
Sedangkan akhirat itu lebih mulia letaknya 
Akhirat itu juga menentukan siapa kita....

Mengapa aku terpesong dengan keindahan dunia
Solat aku tinggalkan
Puasa aku ringankan
Jangan kata haji yang kadangkala aku mainkan
Takkanlah bila mendengar marubbuka baruku mahu sedar....

Mengapa aku terpesong dengan keindahan dunia
Terpesong dengan facebook yang dicipta oleh Yahudi
Terpesong juga dengan Playstation yang dicipta oleh Kafir Harbi 
Itu belum lagi pesonganku terhadap Komputer Game dan Permainan Skuasy...
Main itu dibenarkan tetapi sehingga melalaikan itu mengalpakan
Adakah itu tujuan aku dihantar ke muka bumi ini....
Bukan sebagai khalifah tetapi sebagai Facebooker dan Gamer yang tidak memberatkan soal ketuhanannya....... 

Comments

Popular posts from this blog

Lirik Pak Ude

Ya Hafizu Ya Syafi, Wahai Yang Menjaga Dan Yang Menyembuhkan, Jagakanlah & Sembuhkanlah

Kolej Matrikulasi Perlis