Adengan Kejar Mengejar Dan Tembakan...

 Semalam mungkin hari yang aku tak dapat lupakan bila aku dapat melihat polis menembak penjenayah yang tak silap aku pencurik kereta. 

Cerita dia camni aku dalam perjalanan balik dari kelas MAF dalam jam 10.20 camtu dan singgah kat kedai motor jap and then terus balik. Tiba di persimpangan Kolej, aku tiba-tiba terltarik bila melihat dua kereta yang saling kejar mengejar dan tiba-tiba kereta yang dikejar tu terlanggar Bulatan depan UiTM dan tersangkut lalu melanggar polis yang mengepungnya (polis ni berpakaian biasa naik kereta Proton Waja yang ada tulis Polis Selangor). Mungkin dah takder cara laen sebab polis tu dah pun melepaskan beberapa tembakan (aku tak pasti peluru hidup atau tak...besar kemungkinan tak sebab cam tak kuat jek bunyi dia) walllahualam... 

Lalu penjenayah tu keluar dari kereta dan menuju ke arah aku and pada masa tu gak motor aku mati. Polis dari jauh mintak aku untuk cuba mengepung dia, aku yang time tu tengah panik tak tau nak wat ape, biasanya kalau polis dah lepaskan tembakan penjenayah ni bukan sebarang penjenayah so aku pun try untuk kepung dia (Baca time tu takde orang laen kecuali aku ngan polis, dan orang yang terdekat pun kat bus stop berdekatan Jati)....terfikir gak aku kalaulah dia ade pisau ke aper ke. Tapi aku cukup kecewa bila aku just tahan dia camtu jer, cam tak bersungguh, seolah-olah aku berada di situ bukan untuk membantu tapi hanya melihat kejadian tu. Aku terfikir filem-filem omputeh bila polis try untuk tembak penjahat, penjahat tu try mencari sape je sebagai tebusan dan aku yang paling hampir dengan dia...huhu. 

Bila aku cuba untuk tahan penjenayah yang lari tu terfikir gak aku, kalau aku selit kaki mamat ni jatuh gedebuk gak dia ni. Badan dia lagi besar dari aku, tah keturunan gorila kot, tu lar besar (Baca melawak je). 

Last-last dapat gak dia ni ditangkap dan cam berdarah gak la kepala dia, tah tetiba bleh plak aku rasa kesian..korang bayangkan penjenayah ni dibaringkan kat jalan yang tengah panas dengan pipi kat jalan dengan tompok2 darah (Baca bukan tompok2 taik unta) dan muka dia jugak dipijak oleh polis ni sebagai tanda pengajaran kat Mamat ni yang dah pun melanggar member polis ni try kepung dia tadi. Penjenayah ni dibawa ke Balai Polis Shah Alam untuk siasatan lanjut.

Tapi memang bila aku balik bilik aku cam tak berapa betul gak ler beberapa minit sebab tak biase ngan kejadian tapi last-last terima gak ler. Mungkin ni pengalaman yang bermakna untuk aku, aku gak bersyukur sebab Allah bagi aku pengalaman ni at least mungkin pada masa-masa lain aku dapat membantu lebih lagi insyallah. 

Comments

shiqin ghazali said…
at last dpt tgk gk kjdian dpn mata...
suspen wwoo
Ashraf Zabidi said…
yup....mungkin itu pengalaman yang Allah nak berikan agar dapat membantu pada masa lain. Insyallah..

Popular posts from this blog

Lirik Pak Ude

Ya Hafizu Ya Syafi, Wahai Yang Menjaga Dan Yang Menyembuhkan, Jagakanlah & Sembuhkanlah

Kolej Matrikulasi Perlis