Layakkah Aku Untuk Peluang Kedua...

Begitulah tajuk yang aku boleh bagi untuk post kali ni. Kadang-kadang as human being kita tak boleh lari dari perasaan rasa bersalah walaupun kita telah meminta maaf banyak kali. Ada manusia yang kadangkala langsung tidak rasa bersalah walaupun apa yang dibuatnya memang salah. Walau apapun itulah yang dinamakan manusia.


Entahlah mungkin fikiran aku yang tengah bercelaru tentang pelbagai perkara menyebabkan perkara yang mudah aku boleh terlupa. Aku boleh terlupa janji, aku boleh terlupa kata-kata yang telah aku ucapkan. Bukan untuk berpuitis, jiwang atau sebagainya tetapi inilah yang lahir dari hati aku, kerana aku kini seolah diberikan peluang kedua.




Namun mungkin aku seorang yang tidak memahami erti peluang, peluang yang diberi ditolak begitu sahaja akibat daripada ego seorang lelaki yang mana keegoan itulah yang membentuk kepimpinan dan keegoan itulah yang boleh membunuh diri sendiri.

Mungkin post kali ni agak sukar difahami kerana terlalu banyak limitasi dalam aku berkata-kata kerana setiap yang kita lakukakan mempunyai limitasinya yang tersendiri. menyebabkan mungkin ada pembaca yang tidak dapat memahami isinya. Contohnya apabila kita bercakap atau berkata atau lebih indah lagi bermadah, kita mempunyai limitasi yang tersendiri agar orang disekeliling kita tidak terasa hati akibat dari barisan kata-kata yang keluar dari mulut kita sendiri, dan itulah yang sedang aku cuba.



Entahlah, andai kata aku yang berkuasa dalam memutarkan waktu akan aku jadikan hidup ini bagi suatu permainan komputer yang bisa sahaja di"save" dan di"load"kan. Sebarang keputusan dalam kehidupan bisa sahaja disavekan, takut-takut andai kata keputusan yang dibuat salah boleh sahaja diloadkan kembali. 

Sebelum aku bermadah lebih panjang, lebih baik untuk aku berhenti di sini kerana setiap yang kita mahukan dalam dunia ini kadangkala bukannya untuk kita. Kerana sesungguhnya Allah lebih mengetahui. Kita sukakan sesuatu tidak bermakna ianya baik untuk kita, dan sebaliknya walaupun kita membenci akan sesuatu tidak bermakna ia buruk untuk kita. 

Sekian Wassalam....

Comments

Popular posts from this blog

Lirik Pak Ude

Ya Hafizu Ya Syafi, Wahai Yang Menjaga Dan Yang Menyembuhkan, Jagakanlah & Sembuhkanlah

Kolej Matrikulasi Perlis