Malam Simfoni Kasih UiTM

Malam Simfoni Kasih UiTM sebenarnya telah dirancang untuk diadakan seawal bulan Oktober yang lepas namun akibat daripada pilihanraya yang diadakan pada masa tersebut, Perdana Menteri tidak dapat hadir dan seterusnya menyebabkan penganjur menundakan majlis ini.


Kad Baru: Malam Simfoni Kasih, 8 Januari 2010, 8.30 malam


Kad Lama: Malam Simfoni Kasih 09, 10 Oktober 2009, 8.30 malam

Sebenarnya aku tak merancang pun untuk pergi sebab aku rasakan berikanlah peluang ini kepada MPP yang lebih layak dan melakukan lebih banyak kerja berbanding aku. Namun pada waktu tenghari sebelum majlis tersebut bermula, Asmurni, Setiausaha Agong MPP tanya kat aku untuk pergi atau tidak. Dalam mesej dia pun, dia seolah-olah meminta aku untuk pergi ke majlis ini sebenarnya berat juga aku nak terima sebab aku rasakan kerja-kerja MPP aku lebih tertumpu kepada fakulti dan aku tidak banyak naik ke canselari...huhu. "A good commander is a good follower" so aku pun ikut arahan yang diberikan sebab pada kotak pemikiran aku, 20 tempat duduk yang dioffer kepada MPP masih belum penuh namun bila sampai je kat sana, aku diberitahu MPP yang hadir lebih dari dua puluh dan dua meja makan sampaikan As sendirik x dapat duduk.


Meja Registration yang tidak pernah lenggang....



Selamat Datang Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan Isteri....



Tan Sri Wan Zahid Nordin....Pengerusi Lembaga Pengarah UiTM


Dato Prof Dr Ir Sahol Hamid Abu Bakar....New VC of UiTM


Entah ar sepanjang program ni aku rasa bersalah sebab hadir tapi kad jemputan aku dapat. Aku rasa bersalah sebab orang yang jemput aku tak dapat duduk di meja yang sepatutnya dia duduk, Syidi pun x dapat duduk. Mungkin itulah pengorbanan seorang...eh dua orang pemimpin agaknya.


Abe....haha


Tingginyer cameraman cam spiderman plak....

Walaupun perkara ni nampak kecik tapi for me a small matter can be a big matter if we not handle it in a proper way. Alhamdulillah, setiap masalah ada penyelesaian dan ubatnya, MPP yang tidak dapat tempat duduk, diberikan tempat duduk di meja staf HEP yang tidak dapat hadir.

 SACC Convec: Where Remarkable Events Happen...this program a remarkable program for UiTM


The Menu...



 Buku yang memaparkan alumni-alumni berdaftar.....

Tak silap aku seramai 1800 orang jugak yang membanjiri SACC Convec tu yang memulanya dari pandangan luar aku nampak macam dewan ni kecil. Beberapa tetamu kenamaan VVIP dan VIP turut hadir....antaranya  Perdana Menteri Malaysia,Dato Seri Najib Tun Abdul Razak,  Menteri PengajianTinggi Dato Seri Khaled Nordin, Pengerusi Yayasan Budiman Tan Sri Dato Seri Prof Dr Ibrahim Abu Shah yang juga mantan VC UiTM, VC UiTM Datuk Prof Dr Ir Sahol Abu Bakar Hamid, Dato Seri Farid Ridzuan dan ramai lagi yang juga Alumni UiTM.

Our Table....


Kat meja aku, mungkin satu-satunya meja yang tak dapat sup ekor....sian kat Akmal sebab dia tunggu sup ekor tu awal-awal lagi coz maybe favourite dia kot. Sabo je lar ek Akmal....huhu.Boleh plak sup tu habeh...


From Left: Nik Kaka, Me, Syidi, Ainal, Zack,Adlin

Sit: Akmal, Fizi, Cikun



Necktie Alumni UiTM





Skarf Alumni UiTM....Mira malu-malu ar plak sampai tutup muka...haha
  
B4 aku balik sempat jugak aku menikmati cocktail kat meja sebelah ngan Pa'an, Fairus ngan Ijat...hehe sedap gak ar. As doorgift, we also received an alumni necktie, hai balik balik dinner dah jadik alumni...haha macam-macam.  
 

Will be one of the successful Alumni of UiTM..Insyallah


 Me with Fairus...



MPP Sesi 2009/2010 yang bakal turun....sweet memories with them


Semoga kalian berjaya di bidang masing-masing....

Comments

Popular posts from this blog

Lirik Pak Ude

Ya Hafizu Ya Syafi, Wahai Yang Menjaga Dan Yang Menyembuhkan, Jagakanlah & Sembuhkanlah

Kolej Matrikulasi Perlis