Hilangnya Sebutir Lagi Permata Kepimpinan Negara


Tun Ghazali Shafie 

Sekiranya 3 hari lepas kita dikejutkan dengan kemangkatan Sultan Johor iaitu Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Ismail, semalam seorang lagi tokoh kepimpinan negara iaitu Tun Ghazali Shafie meninggal dunia pada jam 7.45 malam di kediamannya di Subang Jaya, Selangor.

Beliau yang diibaratkan sebagai salah seorang pemimpin ulung dalam dunia politik sehingga dianugerahkan dengan gelaran Tun, mendapat pendidikan awal di di beberapa sekolah Melayu dan Inggeris di sekitar Raub, Kuala Lipis, Bentong dan Penjum sebelum melanjutkan pelajaran di Clifford School, Kuala Lipis pada 1939 hingga 1940.

Pada 1941, beliau melanjutkan pendidikan di Raffles College Singapura sebelum ke London di mana beliau menerima Ijazah LLB (Kepujian) di University College of Wales dan kemudian mendapat ijazah dalam bidang pengajian antarabangsa di London School of Economics pada 1954.

Pelbagai jawatan telah beliau pegang sepanjang hayat beliau, antaranya ialah:
1. Penasihat Tetap Suruhanjaya Cobbold
2. Berkhidmat dalam Pasukan Sukarelawan Malaya dan Pasukan Gerakan Menentang Jepun
3. Pesuruhjaya Tinggi Malaya ke India (1957).
4. Ketua Setiausaha di Kementerian Luar Negeri (1959)
5. Menteri Tugas-tugas Khas (1970)
6. Menteri Dalam Negeri Dan Penerangan(1973)
7. Duta Ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) (1975)
8. Menteri Luar (1981)
9. Presiden Persidangan Asia Tentang Palestin (1983)
10. Ahli Pasukan Eminent Person Komanwel Untuk Afrika Selatan (1981)
11. Ahli kumpulan Pemerhati Komanwel untuk Pilihanraya Umum Afrika Selatan, Sri Lanka & Bosnia
12. Pengerusi Kumpulan Pemerhati Komanwel Pilihanraya Umum Bangladesh

Juga pelbagai sumbangan telah beliau sumbangkan dan antaranya:
1. Merangka dan membentuk Dasar Ekonomi Baru dan RMK2 (1970-1975)
2. Menjadi panel dalam pembentukan Rukun Negara dan cogan kata "bersatu bertambah mutu" 
3. Aktif dalam dunia kewartanan sebelum aktif di dalam politik.

Antara buku-buku yang ditulis oleh beliau:
1.Ghazali Shafie's Memoir on the Formation of Malaysia
2.Ghazali Shafie: Malaysia, Asean and the New World Order
3.Tamadun Melayu: Menyongsong Abad kedua Puluh Satu
4. Rumpun Melayu dan Bangsa Malaysia Menjelang Tahun 2020 


Antara buku yang pernah ditulis oleh beliau
 
 Malaysia, Asean and the New World Order

Beliau meninggal dunia meninggal di rumahnya di Wangsa Baiduri, Subang Jaya jam 7.45 malam , Ahad 24 Januari 2010 akibat sait tua. Kemudian dipindahkan ke rumah adik perempuannya Datin Yuhanis Shafie di Damansara Utama.Jenazah disembahyangkan di Masjid Al-Mujahiddin Damansara Utama. Dikebumikan di Makam Pahlawan bersebelahan Masjid Negara.Turut hadir ialah Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob.

Sesungguhnya kepulang beliau ke Rahmatullah merupakan suatu kehilangan kepada dunia politik negara. Jasamu Tun akan kami ingati, terima kasih Tun dan sesungguhnya hanya Allah S.W.T yang dapat membalas jasanya. Alfatihah.......

Comments

Popular posts from this blog

Lirik Pak Ude

Ya Hafizu Ya Syafi, Wahai Yang Menjaga Dan Yang Menyembuhkan, Jagakanlah & Sembuhkanlah

Kolej Matrikulasi Perlis