Kisah Cinta dan Perkahwinan...

Suatu pagi yang dingin, terjadilah satu perbualan antara seorang guru falsafah dan pelajarnya…

Pelajar: Guru, apakah erti cinta..? Bagaimanakah saya boleh mendapatkannya…?

Guru: Ada sebuah ladang gandum yang luas didepan sana. Berjalanlah kamu dan jangan sesekali kamu berundur. Kemudian ambillah satu ranting. sekiranya kamu mendapati ranting tersebut sangat menakjubkan, ertinya kamu telah menemui cinta.

Pelajar tersebut pun berjalan dan tidak berapa lama dia kembali dengan tangan yang kosong.

Guru bertanya: Mengapa kamu tidak membawa sebatang ranting pun…?

Pelajar menjawab: Saya hanya terpaksa memilih satu ranting saja, dan sewaktu berjalan saya tidak boleh mengundur kebelakang semula. sebenarnya saya telah berjumpa dengan satu ranting yang paling menakjubkan tapi saya tak tahu apakah yang akan menakjubkan di hadapan sana nanti, maka saya biarkan ranting itu lalu saya dapati tidak ada lagi ranting yang paling menakjubkan selain daripada yang saya lihat tadi. Jadi saya tidak mengambil sebatang pun akhirnya.

Gurunya menjawab: Ya, itulah cinta…

Di hari lainnya pula pelajar tersebut bertanya kepada gurunya, apa itu perkahwinan…?

Guru: Ada hutan yang subur didepan sana. berjalanlah kamu. tapi janganlah kamu sesekali mengundur kebelakang. tebanglah sepohon pokok saja. dan tebanglah jika kamu merasakan bahawa pohon tersebut adalah yang paling cantik,segar dan tinggi, kerana kamu telah menemukan apa itu perkahwinan.

Pelajar tersebut pun berjalan, dan tidak berapa lama, dia datang semula dengan membawa sepohon kayu, walaupun pohon tersebut tidaklah berapa segar, cantik dan tinggi pada pandangan guru tersebut.

Maka gurunya pun bertanya: Mengapa kamu memotong pohon seperti ini….?

Pelajar itu menjawab: Sebab, berdasarkan pengalaman ku sebelum ini, aku hanya berjalan separuh daripada hutan tersebut dan aku takut akan kembali dengan tangan kosong. jadi saya mengambil kesempatan menebang pohon ini lalu dibawa kesini. pada pandangan saya ianya adalah pohon yang terbaik buat saya. saya tidak mahu kehilangannya atau menyesal kerana tidak memilihnya…

Maka guru itu menjawab: Itulah perkahwinan…….

TAMAT


Kesimpulannya cinta dan jodoh perlu dipilih, bukannya mudah untuk memilih cinta yang benar-benar cinta dan bukan juga mudah untuk memilih jodoh yang benar-benar jodoh. Memilih tetapi jangan terlalu memilih kerana tiada manusia yang sempurna dan manusia yang paling sempurna adalah Rasulullah S.A.W. sendiri.Kita mesti menerima kelemahan dan kekurangan pasangan kita sendiri kerana andai kata manusia itu tiada kelemahan maka tidak uniklah manusia itu dan dalam menilai kelemahan pasangan kita, jangan kita lupa betapa kita juga punya kelemahan yang bisa dinilai. 

Sekian

Ashraf Zabidi
Penulis Blog What Does It Mean By Human Being

Comments

Popular posts from this blog

Lirik Pak Ude

Ya Hafizu Ya Syafi, Wahai Yang Menjaga Dan Yang Menyembuhkan, Jagakanlah & Sembuhkanlah

Kolej Matrikulasi Perlis