Ya Allah Kau Berikanlah Kemenangan Di Pihak Kami.....

Petang ni, Malaysia akan bertemu Vietnam pada perlawanan akhir acara bola sepak Sukan Sea Laos 2009, sama-samalah kita berdoa agar kemenangan dikecapi oleh pasukan negara. Diharapkan kemenangan ini sekiranya dikecapi akan menjadi suatu lonjakan kepada sukan bola sepak di Malaysia dan bukannya kemenangan pengakhir kepada fokus kita dalam bola sepak.

Saya juga terpanggil untuk bercakap tentang bola sepak wanita yang kita hantar namun dibelasah teruk oleh pasukan-pasukan lain. Untuk pengetahuan para pembaca saya yang telah sedia maklum, bukan murah untuk menghantar pasukan bola sepak ke sana, hotel, tiket penerbangan dan accomodation cukup mahal dan membebankan namun cadangan saya pada sukan-sukan sea selepas ini mungkin dana yang digunakan untuk bola sepak wanita ini kita boleh salurkan ke acara2 sukan wanita lain yang boleh menghasilkan emas, insyallah. Pada saya, sukan bola sepak wanita tidak sesuai di Malaysia kerana sukan ini cukup lasak, saya bukan  kata perempuan tidak boleh buat apa yang lelaki boleh tetapi apa yang lebih penting budaya kita dimana wanita di Malaysia lebih dikenali dengan kefemininannya tidak sesuai dengan sukan sebegini dan menurut kajian saya dari 100 orang wanita,85 orang berminat dengan sukan bola sepak namun hanya 5 orang berminat untuk bermain bola sepak.

Mungkin dengan dana perbelanjaan itu kita boleh alirkan kepada pembangunan badminton wanita yang nampaknya sudah mula menunjukkan taring. Siapa tidak kenal dengan Wong Mew Choo, a giant killer yang banyak kali mengalahkan pemain-pemain dari China yang berstatus bintang atau Giant....haha.

Namun apa-apapun mungkin kerajaan mahukan pembangunan sukan bola sepak di Malaysia diantara pasukan lelaki dan wanita berjalan dan bergerak dengan seiring. Whatever it is, I really hope that our team will win in this evening match...insyallah and amin.. 

Comments

Popular posts from this blog

Lirik Pak Ude

Ya Hafizu Ya Syafi, Wahai Yang Menjaga Dan Yang Menyembuhkan, Jagakanlah & Sembuhkanlah

Kolej Matrikulasi Perlis