Followers

Thursday, 31 December 2009

Tq Tan Sri, Selamat Datang Dato' VC....

Kami di peringkat MPP menerima berita bahawa Tan Sri VC meletakkan jawatan seawal malam semalam iaitu sewaktu slot MMS, bersama MPP dijalankan.

Sejurus selepas habis program, kami di barisan delegasi MPP seramai 33 orang bergegas ke rumah VC di seksyen 9, Shah Alam untuk memberikan support betapa kami tetap menyokong VC kami walau apapun berlaku dan Tan Sri juga melahirkan sedikit kekesalan kerana menerima berita ini dalam masa 24 jam untuk meninggalkan tampuk sebagai orang kedua terpenting UiTM selepas Yang Dipertuan Agong sebagai canselor.Dalam perjalanan pulang, sempat juga aku sms beberapa orang presiden untuk memberitahu maklumat yang amat mengejutkan ini dan semoga

On the way ke rumah Tan Sri VC....


Hadapan rumah Tan Sri VC....



Sampai jua akhirnya....
Kini beliau mantan VC UiTM


Kami dibarisan MPP sentiasa support Tan Sri...


Semoga berjumpa lagi di lain masa
One of berbelas kereta beliau....
Di halaman rumah yang gelap gelita bagai turut bersedih diatas pemergian Tan Sri dari UiTM....

Baru sebentar tadi, majlis persaraan Tan Sri diadakan di Canselari dengan dimulakan dengan pengumuman ketibaan Tan Sri oleh Penolong Naib Canselor Komunikasi Korporat, Prof Ridzuan. Selepas itu Tan Sri menerima tabik hormat daripada Palapes UiTM lalu merasmikan bas korporat UiTM, dan beliau juga dibawa bersiar di sekitar UiTM Malaysia untuk kali terakhir sebelum melabuhkan Majlis Persaraannya di Hotel UiTM Shah Alam.

Buat Tan Sri, jasamu amat besar sebagai ayahanda yang telah banyak berkorban untuk kami demi anak-anak bangsamu yang kadangkala alpa dengan dunia yang semakin moden dan teknologi yang semakin canggih. Di zaman ini, kami kadangkala lupa asal usul kami. Sekali lagi Tan Sri, jasamu selama 9 tahun di dalam UiTM amat kami hargai dan semoga selepas ini dalam memegang jawatan yang lebih penting, diharapkan agar hak keistemewaan dan nasib orang melayu akan semakin terbela, insyallah. Sesungguhnya aku tak sangka program Amanat VC dalam slot MMS yang merangkap sebagai biro program adalah amanat VC untuk MMS kali terakhirnya sebagai VC....huhu


Kereta VC untuk kali terakhir parking di tempat naib canselor di Canselari....


Palapes UiTM menyiapkan tapak untuk tabik hormat...


Staf-staf penting UiTM yang sedang menunggu Tan Sri....


Akibat hujan, barisan Palapes ni terpaksa buat dibawah bangunan canselari...


Di lobi canselari


Dekan-dekan Fakulti turut hadir


Tan Sri VC.....terima kasih kerana sanggup berkorban demi kami anak bangsamu....


Siap sedia untuk memberi tabik hormat...


Menerima tabik hormat...
Kemudian mantan VC merasmikan bas korporat terbaru UiTM diiringi oleh Jawatankuasa Eksekutif  UiTM @ JKE


BKQ 2001....bas koporat terbaru uitm
Mengelilingi UiTM diiringi oleh Bahagian Keselamatan....

Untuk pengetahuan, Naib Canselor yang menggantikan Tan Sri adalah Prof Dr Ir , mantan Timbalan Naib Canselor Akademik UiTM. Semoga penerusan bangsa dan UiTM sebagai benteng pertahanan terakhir bumiputera dapat terus diperkasa dengan kehadiran beliau.
Terima kasih Tan Sri VC....
Tan Sri Dato Seri Prof Dr Ibrahim Abu Shah (2001-2009)


Selamat Datang Dato', semoga kecemerlangan UiTM dapat diteruskan oleh Dato' ...

Dato' Prof Dr Ir Sahol Hamid (Klik Disini)


Sebagai akhir kata, terima kasih Tan Sri Prof Dr Ibrahim Abu Shah dan Selamat Datang Dan Selamat Bertugas kepada Dato' Prof Ir Sahol Hamid. Sesungguhnya perjuangan kita belum selesai....

3 comments:

wanie malek said...

tetibe rase sedih ble die pergi mcm tu.. dh byk jasa die pada uitm... doa kami pelajar uitm semoga die akan lebih berjaya dimasa akan datang.. dato' kami sentiasa bersamamu

Ashraf Zabidi said...

Yup, kita mengharapkan yang terbaik untuk beliau dan kita juga mengharapkan yang terbaik untuk UiTM sebagai benteng terakhir pertahanan bangsa melayu khususnya dan bumiputera amnya...

HiGHNeSS FiQ said...

hmm..cm xbest lak anak abu shah nie mninggal uitm..rsenye mne de vc yg ske nyanyi tyme formal event..style dy berckap mmg smart, rsa cm rugi lak dy xdak tyme kta nk grad..isk3..=(( awat muka vc br cm xsmart je..mntk2 r dy cm sportg gak..hehe..

Other Topics