SELAMAT DATANG 1 DISEMBER......

Pejam celik pejam celik kita telah pun menjejaki ke tarikh ini iaitu 1 Disember. Tarikh ini juga merupakan tarikh di mana Hari Aids Sedunia disambut. Pada hari ini berjuta pesakit AiDS diberikan pengharapan baru sebagai sebuah penghargaan daripada masyarakat betapa pesakit-pesakit ini juga adalah manusia biasa yang telah membuat kesilapan namun mereka masih diterima di dalam masyarakat.
 

Dari laman web PROSTAR (Klik Di Sini) 

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengisytiharkan 1 Disember setiap tahun sebagai Kempen AiDS Sedunia semenjak tahun 1988. (Sila rujuk laman web diatas). Pada tahun ini ia disambut dengan menggunakan tema “human rights and access to treatment” atau dalam bahasa melayunya "hak asasi manusia dan peluang memperolehi rawatan". 


Dari laman web World AiDS Day (Klik DiSini)

Kita mengharapkan agar pesakit-pesakit AiDS ini sedar dari kesilapan mereka dan kesilapan mereka ini boleh dijadikan oleh kita selaku anggota masyarakat sendiri sebagai sempadan. Namun kita juga perlu sedar betapa kadangkala mereka dijangkiti bukan atas kesilapan mereka sendiri, faktor ibubapa mereka yang dijangkiti AiDS menjebakkan mereka ke arah ini. Walau apapun ia, tarikh ini diharapkan menjadi ingatan kepada setiap orang sekiranya  anda rasa anda adalah insan yang menerima hakikat betapa setiap manusia membuat kesilapan. Tarikh ini juga diharapkan agar memberikan sebuah impak kepada penghidap AiDS seluruh dunia bahawa masih ada yang menyayangi mereka.

Kepada semua rakan-rakan dan kawan-kawan yang bermula praktikal pada hari ini saya mengucapkan Selamat Menjalani Latihan Praktikal dan sekiranya anda berasa gementar dalam memulakan perkara baru dalam hidup ini, ingatlah ayat daripada saya:

" Orang dekat syarikat tu makan nasi bukannya makan orang so jangan takut just befriend with them....."

"jangan terlalu memikirkan perasaan gementar 2 sebab lagi kita fikir lagi lar kita cuak so fikirkan bende lain macam surat yang perlu kita bawa macam secretarial letter, letter of agreement, letter dari UiTM dan macam2 ar..."

"Persediaan sangat penting dalam menghadapi sesuatu perkara tanpa persediaan kita akan rasa gementar dan takut menghadapi situasi baru...."

"Kadangkala anda tidak rasa selesa dengan tempat kerja anda dari segi sistemnya namun sila selidiki terlebih dahulu sebelum anda mahu mengubahnya kerana kemungkinan besar rakan sekerja yang telah biasa dengan sistem tersebut tidak menyenangi anda disebabkan perubahan yang berlaku"

Dan kepada semua rakan-rakan yang menyambut hari jadi pada hari ini  saya mengucapkan:



Selamat Hari Jadi dan Semoga Panjang Umur dan Diberkati Allah. Semoga tahun ini merupakan tahun yang paling berjaya buat anda dan akan lebih berjaya pada tahun-tahun seterusnya. 

Salam Disember

Mohd Ashraf Bin Mohd Zabidi
Pengkaji Sejarah 1 Disember

Comments

Popular posts from this blog

Lirik Pak Ude

Ya Hafizu Ya Syafi, Wahai Yang Menjaga Dan Yang Menyembuhkan, Jagakanlah & Sembuhkanlah

Apa sebenarnya Skandal Enron @ Enron Scandal???