Pemandu Bas Juga Manusia.......

Second Day jadik Biro Pengangkutan Program Iktiraf 2009 ni cukup best dan penuh dengan pengalaman baru apatah lagi dapat pulak menemubual beberapa pemandu bas. Tapi yang paling best bila dapat menemubual pakcik yang memandu bas dalam UiTM dan untuk pengetahuan selama 3 hari ini iaitu sepanjang program, beberapa bas eksperes masuk ke UiTM dan free...hehe selesa plak tu.

Tapi yang aku nak kongsikan disini bukanlah tentang keselesaan bas tersebut tetapi tentang sistem kad berbanding tiket yang digunakan oleh sistem bas berbanding sebelum ini. Menurut pak cik tu sistem yang digunakan oleh syarikat bas tersebut sekarang menyusahkan pemandu berbanding sebelumnya sbb sistem yang cukup hightech tu cukup melambatkan berbanding sistem yang digunakan sebelumnya. Menurut beliau lagi, minimum masa yang diambil oleh sistem tersebut untuk seorang penumpang adalah lebih 30 saat berbanding 10 saat sebelum ini, kelemahan ni dahpun dibawakan kepada pihak pengurusan namun tidak diendah dengan alasan mereka ini hanyalah pemandu. Menurut pak cik tu jugak, kalau kata terlalu ramai orang dan keadaan hujan, takkanlah orang terpaksa beratur di hujan semata2 nak menunggu sistem yang lambat tu. Selain dari tu, beliau juga mendakwa beberapa orang dari pengurusan Konsortium ini sendiri adalah jerung besar...siapa dia??? Aku rasa tak payahlah aku ceritakan konsortium apa?...cukuplah aku katakan bahawa mereka adalah BOD Konsortium ini.

Aku percaya bukan berdasarkan kata-kata semata2 tetapi aku jugak melihat kepada bukti2 yang dikeutarakan oleh pak cik ni yang aku rasakan tiada sebab  aku tak bleh percaya pak cik ni. Menurut pak cik ni juga, kebajikan pemandu khususnya bayaran gaji dan OT dipandang enteng, mungkin syarikat ini telah mengabaikan money rewards kepada para pemandu mereka. Entah la, namun aku rasa pengurusan syarikat ini lebih berhak membuat kesimpulan ke atas perkara tersebut.

Menurut Pak Cik ni juga, para pemandu syarikat ini agak berkecil hati apabila cadangan mereka ditolak mentah2 oleh pihak pengurusan oleh sebab mereka ni bodoh sebab tidak berpelajaran. Eh come on man, if you brilliant enough in some aspects does not mean you also excellent in another aspect.Tak semestinya orang yang ada ijazah kejuruteraan elektrik boleh betulkan mentol, orang yang mempunyai PHD Pentadbiran Pengangkutan pula tidak semestinya boleh bawak bas dan apatah lagi tahu semua jalan di Malaysia. Kalau kita rasa kita pandai, ada yang lebih bijak dari kita.

Pemandu bas yang setiap hari bergelumang dengan pelanggan, tidak seharusnya dilayan seperti sampah oleh pihak pengurusan yang mana mereka inilah lombong emas dan sumber pendapatan utama syarikat kalau mereka dilayan seperti ini aku pasti lombong emas akan jadi lombong sampah dan permata bakal bertukar menjadi kaca yang mana hanya menunggu masa sahaja.

Aku menyokong bukannya disebabkan aku kesian dengan pak cik ni tetapi apa yang lebih penting adalah bukti yang dibawakan. Entahlah, kalau beginilah perwatakan yang dibawakan oleh ahli korporat melayu kita, yang menindas pekerja-pekerja syarikat sendiri, jangan haraplah syarikat tersebut untuk pergi jauh dan sesungguhnya doa orang teraniaya (pemandu2 ni) mungkin bakal menyebabkan syarikat ini untuk gulung tikar.    
Walau aku tahu, dalam dunia perniagaan ni banyak penindasan yang berlaku namun apa yang penting sampai bila kita mahu keadaan ini terus berlaku.....bukan sahaja di sektor swasta di sektor awam keadaannya sebenarnya lebih teruk.

Apapun, aku kongsikan kisah ini adalah hanya untuk mengingatkan kita kembali betapa setiap orang yang bijak ada celanya, dan setiap orang yang bodoh ada pandainya, setinggi manapun kita ingatlah orang bawah dan pada aku orang bawah juga ada keistemewaannya. Jadi jangan sesekali kita mencela orang bawah kita walau siapa pun dia....cleaner, pak guard, pemandu bas atau siapa sahaja kerana mungkin ada perkara yang dia lebih tahu dari kita.

Comments

Popular posts from this blog

Lirik Pak Ude

Ya Hafizu Ya Syafi, Wahai Yang Menjaga Dan Yang Menyembuhkan, Jagakanlah & Sembuhkanlah

Apa sebenarnya Skandal Enron @ Enron Scandal???