Malaysia Melangkah Ke Separuh Akhir Sukan SEA...


Semalam bila aku terbaca jer yang Malaysia berjaya mengalahkan Thailand dalam Sukan SEA aku mengucapkan setinggi2 kesyukuran sebab berjaya Malaysia ke separuh akhir walaupun mula-mula ramai yang sangsi tentang bola sepak Malaysia. Namun begitu gol-gol Malaysia bukanlah mudah khususnya gol yang kedua dimana gol tersebut dijaringkan pada "injury time" pada "second half"....pergh kalau aku maen PES pun kalau time2 gini aku dah mengalah..huhu.

Tetapi bagi aku satu benda penting yang pasukan bola sepak malaysia ini perlu sedari ialah tanpa Zaquan Adha penyerang utama Malaysia, kita mampu mencatat kemenangan so adakah itu bermakna beliau sepatutnya duduk di kerusi pemain simpanan, kalau aku diajukan soalan itu, aku akan menjawap ya.  Apa-apapun ia terpulang kepada jurulatih pasukan bola sepak kebangsaan kita, K Rajagobal untuk mencaturkan strategi dalam memastikan kemenangan di pihak kita, Insyallah.Andai kata aku di tempat Jurulatih Kebangsaan ini, aku akan letak Zaquan di bangku simpanan dan masukkannya semasa separuh masa kedua.

Selepas ini Malaysia akan memasuki perlawanan separuh akhir dan aku doakan agar pasukan Malaysia mampu mencatat kemenangan ke atas pasukan tersebut.....aminn....


Do the best Malaysia....Show that we are no more a follower, we are a leader...

Comments

Popular posts from this blog

Lirik Pak Ude

Ya Hafizu Ya Syafi, Wahai Yang Menjaga Dan Yang Menyembuhkan, Jagakanlah & Sembuhkanlah

Kolej Matrikulasi Perlis