MALAYSIA 1 VIETNAM 3.....salah pengadil atau kita???



Memang benar kalah atau menang itu adat permainan...menang 11-0 dengan Timor Leste, kalah pula dengan Vietnam 1-3. Kalau kita nak salahkan pengadil atas kekalahan kita, terpulanglah kepada mata kita untuk melihatnya bagaimana namun pada saya kekalahan ini datangnya dari kita sendiri. Namun salah atau tidak pengadil dari Korea tersebut yang penting kekalahan yang diterima diambil pengajaran bukannya sebagai suatu medan untuk kita menyalahkan orang lain. Pada saya apa yang saya lihat pengadil hanya bersalah dalam memberikan penalti kepada Vietnam pada satu situasi yang saya rasa salah, yang lain semuanya berpunca dari kelemahan pasukan kita sendiri.Apapun saya harapkan perlawanan selepas iaitu menentang Thailand dan Kemboja akan memberikan kita mata berharga dalam melayakkan skuad negara ke suku akhir.

Salam Blog


Mohd Ashraf Bin Mohd Zabidi
Wartawan Khas Sukan 
Blog What Does It Mean By Human Being

Comments

Popular posts from this blog

Lirik Pak Ude

Ya Hafizu Ya Syafi, Wahai Yang Menjaga Dan Yang Menyembuhkan, Jagakanlah & Sembuhkanlah

Kolej Matrikulasi Perlis