Kemalangan Maut Bas Vs Kereta.....


Kemalangan Maut yang melibatkan bas ekspres selalu sahaja menjadi bahan utama di dalam akhbar-akhbar tempatan, saya mengucapkan salam takziah kepada semua keluarga mangsa yang terkorban. Sekiranya kita lihat kemalangan-kemalangan maut yang terjadi, sebenarnya kemalangan yang melibatkan kereta adalah lebih banyak tetapi mungkin akhbar sudah penat memaparkan berita-berita di akhbar yang melibatkan kemalangan maut kereta.

Kereta atau bas tidak penting, yang penting sekarang ialah apakah tindakan yang dikenakan oleh pihak bertanggungjawab keatas syarikat bas ini. Mungkin yang bersalah adalah pemandu bukannya syarikat ini, namun bak kata pepatah nila setitik akan merosakkan susu sebelanga.

Kita tidak menolak setiap peristiwa adalah ketentuannya, namun setiap perkara yang berlaku adalah bersebab dan tragedi ini berlaku disebabkan kesilapan pemandu itu sendiri. Pemandu mengantuk, 10 jiwa terkorban, kalau pemandu tertidur agaknya mungkin kesemua penumpang yang ada di dalam bas tersebut tidak mampu lagi melihat dunia ini.

Namun apapun, kejadian ini perlu menjadi suatu pengajaran kepada kita semua jangan terantuk baru tergadah dah jangan tergadah barulah tahu dan mahu mengakui kesilapan diri sendiri.

Sekian.

Pandu Selamat Jiwa Selamat

Mohd Ashraf Bin Mohd Zabidi
Penulis Bebas Blog What Does It Mean By Human Being

Comments

Popular posts from this blog

Lirik Pak Ude

Ya Hafizu Ya Syafi, Wahai Yang Menjaga Dan Yang Menyembuhkan, Jagakanlah & Sembuhkanlah

Kolej Matrikulasi Perlis