JUALAN AMAL SEMPENA SAMBUTAN MAAL HIJRAH OLEH IRM

Salam kepada Para Sukarelawan,
  
Sempena sambutan Maal Hijrah yang bakal menjelang, IRM akan mengajurkan  Jualan Amal barang-barang terpakai yang akan diadakan pada Sabtu, 19 Dec 2009. Jualan Amal tersebut akan diadakan di perkarangan Masjid MUADZ B. JABAL di Setiawangsa, Kuala Lumpur dengan kerjasama Jawatankuasa Masjid tersebut.
 
 
Untuk itu, kami memerlukan khidmat sukarelawan bagi membantu kerja-kerja persediaan bagi Jumble Sale/ Jualan Barangan Terpakai yang akan diadakan di Masjid Muadz b. Jabal bertarikh seperti di bawah :
 
Tarikh                               Masa                        
15hb Dis - 18 Dis 2009   10.30 a.m. - 3.30 p.m.  (sesi penyediaan Jualan)
19hb Dis 2009/ Sabtu       9.00 a.m. - 3.00 p.m. (Jualan berlangsung)

 
 
Untuk itu kami memerlukan bantuan dari sukarelawan untuk membantu menjual, mengasingkan barang-barang dan mengumpul barangan terpakai bagi Jualan tersebut.
  
Kepada yang berkelapangan, Di harap anda dapat hadir ke jualan kami, di samping menghebahkan kepada kenalan kepada sesiapa yang sudi datang untuk memeriahkan program kami.
 
Kepada sesiapa yang boleh hadir dan ingin membantu di mana mana aktiviti di atas dan bagi maklumat lanjut, sila hubungi Fadilah di 03-89486334 bagi mendapatkan maklumat lanjut serta peta ke tempat tersebut.

Terima Kasih.

ISLAMIC RELIEF MALAYSIA

PS: So aku jemput semua pembaca-pembaca aku kalau free datanglah ke tempat yang disebutkan dalam kita membeli belah kita juga beramal untuk insan yang kurang bernasib baek,k..


Comments

Popular posts from this blog

Lirik Pak Ude

Ya Hafizu Ya Syafi, Wahai Yang Menjaga Dan Yang Menyembuhkan, Jagakanlah & Sembuhkanlah

Kolej Matrikulasi Perlis