BERUSAHALAH BAGAI MENGEJAR PELANGI.....


Pelangi...sebuah fatamorgana yang seringkali kelihatan setelah hujan akibat daripada prisma-prisma hujan yang membiaskannya Namun bukan tujuan saya untuk mengaitkan pelangi dengan sains tetapi tujuan saya adalah untuk mengaitkan pelangi dengan kehidupan.

Pernah tak terfikir kehidupan kita bagaikan pelangi, penuh dengan bermacam warna, penuh dengan pelbagai perasaan manusia biasa.

Pernah tak kita berusaha bagai mengejar pelangi???
Mengejar pelangi????
Dimana penghujungnya??
Apapula matlamatnya??
Pelbagai persoalan bermain di fikiran kita kan....

Anda bersetuju tidak andai saya kata, usaha mengejar pelangi memerlukan usaha yang berterusan, orang yang cepat mengalah tidak layak untuk mengejar pelangi apatah lagi kekayaan dalam kehidupan. Kekayaan bukan bermakna dari sudut materialistik sahaja tetapi ia juga termasuk dari segi ilmu dan pengetahuan.

Namun begitu dalam kita berusaha pastinya ada sebab mengapa kita perlu mengundur diri atau berhenti seketika. Lama atau sekejap ia bergantung kepada diri kita.

Kerana apa????
Kerana sewaktu berhenti seketika itulah waktunya kita untuk bermunasabah diri, memikirkan kesilapan lepas yang telah kita lakukan samaada kepada tuhan, orang sekeliling mahupun alam sekitar. Munasabah diri merupakan senjata kepada mukmin dan mukminat, di sini wujudnya betapa rasa kehambaan kita kepadaNya. Disini betapa kita merasakan dosa kita bagaikan terlalu banyak bagaikan buih di lautan, bagaikan rumput di padang, dan bagaikan awan yang tiada tenggelamnya.

Namun setelah kita berhenti seketika, usaha untuk mencari penghujung pelangi perlu kita teruskan.

Kerana yang mengalah pasti akan ditinggalkan oleh mereka yang mengejar kejayaan....

Sekian...

Mohd Ashraf Bin Mohd Zabidi
Penulis Bebas Blog What Does It Mean By Human Being

Comments

Popular posts from this blog

Lirik Pak Ude

Ya Hafizu Ya Syafi, Wahai Yang Menjaga Dan Yang Menyembuhkan, Jagakanlah & Sembuhkanlah

Apa sebenarnya Skandal Enron @ Enron Scandal???