Yang Kamu Benci Dan Yang Kamu Suka

Pada malam ini saya tertarik dengan firman Allah dari surah Al-Baqarah yang berbunyi:



Firman Allah: "Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu. Dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahu sedangkan kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah: 216)


Apa yang kita suka tidak semestinya baik untuk kita dan yang kita tidak suka tidak semestinya buruk untuk kita. Ayat diatas sangat berhubung dengan hidup kita, perkara, benda, orang ataupun tempat contohnya kita suka ke tempat hiburan namun tempat tersebut bukanlah baik untuk kita yang mana kita telah pun tahu. Kita mungkin berat untuk ke masjid atau ke majlis-majis ilmu padahal itulah yang terbaik untuk kita. Manusia perlu membuat keputusan yang tepat tentang pilihan hidup mereka kerana sekali terjerumus, adalah sangat sukar untuk kita kembali ke pangkal jalan.

Dari konteks perbuatan pula, mungkin kita tidak suka untuk menderma padahal itu baik untuk kita agar dapat meningkatkan rasa kehambaan dan pemurah khususnya dengan orang yang kurang bernasib baik. Kita mungkin suka berhibur tetapi hiburan yang terlalu sangat akan membuatkan kita alpa dan melupakan tanggungjawab kita sebagai seorang umat Islam. Kealpaan ni melalaikan dan kelalaian inilah yang mengakibatkan banyak bencana ditimpakan kepada umat akhir zaman ini akibat kemurkaan daripada Allah S.W.T.

Dari konteks manusia pula atau hablumminannas, kita mungkin suka pada seseorang namun orang tersebut sebenarnya memberikan mudarat kepada kita, inilah yang disebut sebagai batu api atau kawan makan kawan. Kadangkala di zaman yang penuh dengan manusia yang materialistik ini, ia tidak mengira kawan, teman mahupun keluarga, disebabkan harta manusia boleh jadi kurang rasional dalam pemikirannya dan hanya mementingkan wang ringgit. Kita juga mungkin membenci seseorang namun mungkin itulah insan yang paling baik untuk kita. Orang tua ada berpesan sekiranya membenci jangan membenci terlalu sangat kerana mungkin orang yang kita bencilah itu bakal menjadi teman dan pasangan hidup kita, dengan merekalah kita meluahkan segala isi hati dan berkongsi hidup walaupun sebenarnya sebelum itu kita cukup membenci insan tersebut kerana kita tidak tahu apakah yang telah ditulis di arasy, hanya Allah yang tahu akan takdir hidup seseorang dan ini tidak bermakna takdir itu perlu disalahkan.

Peribahasa arab ada mengatakan manjaddawajadda, siapa berusaha dia berjaya dan Allah juga berfirman tidak aku ku ubah nasib sesebuah kaum melainkan mereka sendiri mengubahnya kerana itu perubahan ke arah kebaikan dalam hidup kita ini sangat penting kerana ianya akan menimbulkan rasa betapa diri kita ini serba kekurangan dan perlu mencari kesempurnaan diri dan janganlah kita bersikap terlalu ego kerana ego yang terlalu tinggi menyebabkan wujudnya rasa bongkak, takbur dan sombong. Kita perlu mempunyai prinsip betapa hebatnya kita di muka bumi ini ada yang lebih hebat dan sekiranya kita rasa diri kita ini sangat serba kekurangan ingatlah betapa ada orang lagi yang lebih susah dan serba serbi kekurangan berbanding diri kita.

Sekian salam isi hati,

Mohd Ashraf Bin Mohd Zabidi
Penulis Blog What Does It Mean By Human Being

Comments

Popular posts from this blog

Lirik Pak Ude

Ya Hafizu Ya Syafi, Wahai Yang Menjaga Dan Yang Menyembuhkan, Jagakanlah & Sembuhkanlah

Kolej Matrikulasi Perlis