Top Ten News Today (20 Nov 2009)


1.       Soal saksi waktu pejabat
Mulai hari ini SPRM hanya dibenarkan untuk menyoal siasat saksi pada waktu pejabat. Tindakan ini mempunyai kesan positif dan negatifnya. Kesan positifnya hak asasi manusia di Malaysia mungkin akan lebih terjaga manakala kesan negatifnya mungkin dapat dilihat apabila sesuatu kes yang dibicarakan keesokan paginya, tetapi saksi perlu soal siasat secara terperinci pada malam hari tersebut akan mengakibatkan masalah apabila di mahkamah kelak. Walau apapun saya berpendapat usaha ini bukanlah suatu usaha yang baik kerana pihak SPRM sebenarnya bekerja 24 jam sebagaimana polis dan pihak berkuasa yang lain maka samaada untuk menyoal siasat diwaktu pejabat atau di luar tidak sepatutnya menjadi isu.


2.       Krisis MCA: Najib campur tangan
Selaku Presiden Barisan Nasional tindakan Dato Sri Najib untuk campur tangan dalam krisis MCA yang semakin meruncing amatlah saya sokong. Saya cukup sayangkan Parti Cina terbesar Malaysia ini yang merupakan komponen utama dalam Barisan Nasional, saya harapkan agar krisis ini dapat selesai atau setidak-tidaknya diredakan tidak kisahlah siapa yang bakal menerajui kepimpinan parti ini tetapi yang lebih penting Pelan Perpaduan dilaksanakan sebaik-baiknya dan bukannya pelan pemancung seperti yang didakwa sebelum ini. Sekiranya krisis ini tidak reda, saya risau pada PRU yang ke 13 ini, MCA bakal kehilangan banyak kerusi kepada DAP dan seterusnya mengurangkan kerusi yang dipegang oleg Barisan Nasional.


3.       Wajah-wajah Cemerlang UPSR….Terengganu kekalkan kecemerlangan
Semalam keputusan UPSR telahpun dikeluarkan tahniah kepada yang berjaya. Terengganu sekali lagi
mencatat keputusan UPSR paling cemerlang apabila berjaya mengekalkan reputasi mereka sekali lagi
pada tahun ini. Saya cukup tertarik dengan beberapa kejayaan para pelajar yang mengambil
peperiksaan ini khususnya kepayahan yang dihadapi oleh seorang pelajar yang miskin dan tidak dapat
mengambil keputusan peperiksaan kerana tidak membayar yuran peperiksaan akibat daripada
kepayahan dan kemiskinan yang dihadapinya. Adik Izzati yang berasal dari Ipoh yang mendapat
keputusan 5A dijangka tidak meneruskan persekolahannya di peringkat sekolah menengah akibat
daripada kemiskinannya ini. Semoga wakil-wakil rakyat atau yayasan-yayasan yang dapat membantu
pelajar yang cemerlang ini agar dapat meneruskan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi...insyallah.


4.       Produk Internet terima Anugerah Webby
Semalam Akademi Seni dan Sains Digital Antarabangsa yang beribu pejabat di New York telah menanugerahkan beberapa anugerah Webby diatas kejayaan 10 detik terpenting di dalam internet. Antaranya termasuklah Kemunculan Wikipedia, kejatuhan Napster, kehadiran iPhone, penubuhan laman web sosial Facebook dan Twitterprotes pilihan raya Iran, pengembangan laman web iklan Craiglist dan pelancaran Google AdWords. Menurut Pengarah Eksekutif Anugerah ini, David Michael Davies pengiktirafan ini penting bagi menunjukkan pengiktirafan kepada sistem baru dalam menggantikan sistem lama.


5.       Kawasan USJ Masih Ada Yang Tidak Berpengawal Walaupun Kes Jenayah Tinggi
Kawasan USJ mencatatkan kejadian jenayah yang tinggi menurut laporan yang dikeluarkan oleh Balai Polis Bukit Aman semalam. Walaupun kebanyakan kawasan disitu telahpun wujudnya pengawal keselamatan namun ada sesetengah kawasan USJ yang masih belum lagi diwujudkan dan ini mengakibatkan kes-kes jenayah seperti kecurian dan rompakan selalu sahaja berlaku di kawasan tersebut. Menurut Inspektor Razak Mohd, antara kawasan yang masih belum wujud sistem pengawal ini adalah di USJ 2 & 4 dan beberapa kawasan yang lain. Usaha yang cuba dijalankan oleh komuniti penduduk disitu dalam mewujudkan sistem berpagar dan sistem pengawal diambil baik oleh Balai Polis Bukit Aman dengan bantuan Balai-balai Polis yang terdapat disekitar kawasan ini. Pada pendapat saya yang pernah melawat kawasan di USJ ini sebenarnya, komuniti di sini telah berusaha untuk mendapatkan sistem pengawal namun birokrasi yang berlaku menyebabkan proses ini lambat dan keperluan untuk sistem keselamatan yang lebih perlu kerana kawasan ini adalah kawasan perumahan yang agak elit maka penjenayah lebih tertarik untuk melakukan jenayah di kawasan-kawasan ini.  


6.       Mew Choo kejutkan No. 1 dunia
Kejayaan demi kejayaan dicipta oleh pemain badminton wanita nombor satu  Malaysia, Wong Mew Choo. Pada perlawanan yang terbaru beliau telah mengalahkan pemain perseorangan wanita nombor satu dunia dari China, Wang Yihan. Wong Mew Choo telah mengalahkan Wang Yihan dalam perlawanan straight set 21-18,21-17 dalam Kejuaraan Badminton Terbuka China semalam. Cabaran Malaysia pada suku akhir hari ini turut diteruskan dua pasangan utamanya, beregu lelaki, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong dan beregu wanita, Wong Pei Tty-Chin Eei Hui. Saya harapkan ada kejuaraan yang bakal dibawa balik oleh wira dan wirawati negara agar kita tidak sekadar digelar jaguh kampung.


7.       Malaysia bakal diturunkan 'pangkat

Sedih tapi mungkin kita perlu kerana kadangkala dengan cara ini baru kita sedar kelemahan kita sesuailah dengan simpulan bahasa sudah terhantuk baru nak tergadah. Akibat daripada ketiadaan mata dikutip sepanjang perlawanan kelayakan piala asia, Malaysia kemungkinan besar akan menghadapi tindakan AFC apabila diturun pangkat ke bahagian dua, untuk menyertai Piala Cabaran bersama Brunei, Turkimenistan, Myanmar, Kemboja, Laos, Brunei, Tajikistan. Dengan cara ini mungkin Malaysia akan mendapat lebih banyak pengajaran dan kembali ke bahagian 1 saingan kelayakan piala asia dengan pengalaman dan semangat yang baru seterusnya meningkatkan bola sepak Malaysia ke peringkat yang lebih tinggi.

 

8.       Tangan 'ajaib' Henry

Tentu anda masih ingat dengan tangan ajaib Maradona, yang membawa Argentina ke perlawanan semifinal sewaktu menentang England pada tahun 1986. Ini menjadikan Maradona cukup popular dan dengan gelaran “hand of god” ketika itu sehingga kini. Sekali lagi, Henry mengulangi tindakan Maradona itu apabila membantu pasukannya layak ke Piala Dunia dengan menggunakan tangan untuk memastikan bola dalam kawasan permainan dan seterusnya membuat hantaran kepada William Gallas untuk beliau membuat gol pada masa permainan “sudden death”. Ini menimbulkan rasa tidak puas hati kepada Ireland dan menuntut permainan untuk diadakan semula.  

 

Saya cukup hormat kepada negara yang serba kekurangan ini apabila kemenangan mereka keatas Mesir pada perlawanan playoff piala dunia telah membawa mereka ke Afrika Selatan untuk menyertai Piala Dunia pada tahun depan. Kali terakhir mereka layak adalah pada 1990. Malaysia perlu mencontohi negara serba kekurangan ini dalam melayakkan diri ke Piala Dunia walaupun negara ini dihimpit kemiskinan, yang mana menunjukkan faktor kewangan bukanlah faktor kejayaan sukan khususnya bola sepak sesebuah negara.


Kini orang nombor satu dan dua BNM adalah wanita yang mana menunjukkan penguasaan wanita dalam sektor kerajaan khususnya ekonomi Malaysia apabila Norzila Abdul Aziz dilantik sebagai penolong gabenor BNM yang terbaru. Lantikannya itu berkuatkuasa mulai 1 November yang lepas. Saya harapkan beliau dapat membantu Tan Sri Dato' Sri Zeti Akhtar Aziz dalam memacu ekonomi negara dalam menangani krisis ekonomi yang berlaku.

Comments

Popular posts from this blog

Lirik Pak Ude

Ya Hafizu Ya Syafi, Wahai Yang Menjaga Dan Yang Menyembuhkan, Jagakanlah & Sembuhkanlah

Apa sebenarnya Skandal Enron @ Enron Scandal???