Top Ten News Today (19 Nov 2009)

1. Penjara Guantanamo ditutup tahun depan 
Saya masih ingat lagi janji Presiden Amerika Syarikat dalam ucapan kemenangannya yang berakhir dengan ungkapan "change,change, change, a new era has come to America", antara janjinya adalah untuk menutup penjara Guantanamo yang merupakan penjara yang mengabaikan hak asasi manusia. Banduan dilayan seperti binatang oleh petugas-petugas penjara tersebut. Tidak hairanlah filem "Harold & Kumar", dihasilkan bagi menempelak kerajaan Amerika Syarikat oleh industri perfileman Hollywood. 


2. Namewee cipta klip video kontroversi terbaru 
Nama inilah yang cukup popular tahun lepas akibat daripada tindakannya menghasilkan video Negaraku berentak rock yang menghina Malaysia. Kali ini beliau muncul lagi dengan menghasilkan video yang bertajuk F**** TNB, video ini menghina dan mengutuk TNB pula akibat daripada ketidakpuashatian terhadap perkhidmatan TNB. Pada pendapat saya Namewee ini seorang rakyat Malaysia yang merosakkan nama Malaysia akibat tindakannya. Tindakannya itu langsung tidak menunjukkan budi bahasa rakyat Malaysia.

3. Hujan lebat di utara Semenanjung hingga hari ini 
Nampaknya keadaan banjir di Semenanjung terutama di Kedah dan Perak akan bertambah buruk, saya sarankan kepada pusat-pusat pengawalan banjir agar bersiap sedia dengan pelan B andai kata Pusat-pusat Pengawalan banjir ini juga dinaiki banjir. Sama-samalah kita mengharapkan kerahmatan dari Allah untuk mengurangkan musibah dan menjadikan keadaan segera stabil khususnya kepada mangsa-mangsa yang terpaksa berpindah akibat daripada kejadian ini. 

4. Datang juga EGM demi demokrasi - Tiong Lai 
Saya berpendapat isu EGM MCA telahpun selesai setelah campur tangan Pengerusi Barisan Nasional, Dato Seri Najib tetapi lain pula yang berlaku.Walau apapun saya mengharapkan daripada pemimpin-pemimpin MCA adakanlah EGM tersebut dan bincangkanlah apa masalah sebenar parti kerana MCA merupakan salah sebuah parti politik kaum Cina terbesar di Malaysia, jangan kerana perbalahan kecil, kaum-kaum Cina di Malaysia tidak lagi menyokong MCA dan akhirnya menyaksikan lebih banyak lagi kerusi-kerusi dipegang oleh DAP dan menyebabkan kerusi Barisan Nasional juga berkurang.


5. New Zealand semalam disenaraikan sebagai negara paling kurang rasuah, mengenepikan Denmark. 
 Sekiranya anda pernah pergi ke kedua-dua negara ini dan anda berurusan dengan pekerja-pekerja tempatan di sini anda akan dapati bahawa mereka melayan anda lebih dari sepatutnya tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Saya tidak hairanlah apabila kedua-dua negara ini mendominasi kedudukan satu dua berdasarkan senarai kedudukan negara paling kurang rasuah yang dikeluarkan semalam. Saya mengharapkan agar satu lawatan kerja dari pihak SPRM dapat dilakukan ke negara-negara ini bagi menyelidiki rahsia negara-negara ini dalam mengekalkan tahap integriti penduduknya yang sangat tinggi.

6. Wanita Paling Tua Amerika Syarikat Meninggal Dunia
Setiap yang datang, pasti akan kembali, Olivia Patricia Thomas seorang wanita paling tua Amerika Syarikat yang berusia 114 tahun meninggal dunia pada hari Isnin yang lalu di rumah jagaan St. Francis Home of Williamsville, dekat Buffalo di barat negeri New York. Beliau dianggap sebagai seorang pekebun yang berdedikasi dan suka mengembara ke seluruh dunia. Kumpulan Penyelidikan Gerontologi yang menjejaki warga berusia melebihi satu abad berkata, Olivia adalah manusia tertua yang lahir di Amerika Syarikat. Dia dilahirkan pada 29 Jun, 1895. Manusia tertua di dunia adalah warga Jepun, Kama Chinen yang lahir sebulan 19 hari sebelum Livia. Mary Josephine Ray pula seminggu lebih muda dari Chinen. Dia lahir di Kanada dan sekarang menetap di Manchester, New Hampshire. 


7.Penduduk zaman Firaun turut hadapi masalah jantung
Saya tidak hairan sekiranya sejak zaman firaun telah wujudnya manusia yang menghadapi masalah jantung. Seperti juga kereta sejak kewujudannya, ada sahaja pelbagai masalah kereta wujud. Dalam hal ini manusia telah wujud sejak zaman Adam lagi, maka pendapat saya diatas premis wujud sesuatu perkara maka wujud juga masalah, saya rasakan masalah jantung ini telah berlaku sejak zaman adam lagi dan bukannya menunggu hingga ke zaman Firaun barulah wujudnya masalah ini. Namun begitu tahniah diucapkan kepada para penyelidik yang telah menemui bukti betapa masalah jantung ini telah wujud sejak zaman firaun melalui kesan-kesan pada mumia yang mereka temui.  

8.Malaysia tersungkur lagi, K Rajagopal Masih Mengharapkan Sinar Skuad B-23
 Saya sekali lagi tabik hormat kepada jurulatih skuad B-23 kebangsaan K Rajagopal kerana masih optimis dalam mengharapkan sinar dibawakan oleh skuad B-23 negara walaupun kalah 1-3 kepada Uzbekistan pada perlawanan pusingan kelayakan Piala Asia semalam. Saya sebenarnya ragu-ragu samaada K Rajagopal benar-benar optimis atau mengeluarkan pernyataan tersebut hanya untuk berada dalam zon selamat dalam jawatannya sebagai Jurulatih Skuad Kebangsaan. Walau apapun saya sekali lagi mengharapkan agar bola sepak Malaysia mencari ramuan baru bagi mengcungkil, menggilap dan akhirnya menjelmakan kehebatan bola sepak kita agar setanding dengan bola sepak di Eropah. Antara cadangan saya ialah kita membeli sebuah kelab di Eropah dan bawa pemain-pemain Malaysia ke sana untuk bermain dengan kelab tersebut, selain dari itu sekali lagi saya tekankan jangan sesekali libatkan politik dalam sukan, sekiranya ia berlaku kemungkinan besar bola sepak kita takkan sampai kemana.

9.Zambry tempelak Nizar 
Politik,sukan, politik, bola, poltik, tempelak menempelak....sekiranya beginilah keadaannya di dalam Persatuan Bola Sepak Perak jangan harapkan bola sepak di Perak untuk meningkat naik sekiranya pemimpin persatuan sendiri bersikap sebegini. Saya harapkan agar FAM sendiri mengambil langkah drastik dan mewujudkan dasar bahawa sesiapa yang mempunyai jawatan politik tidak dibenarkan dalam menguruskan pentadbiran bola sepak negara. Saya harapkan agar perkara ini diambil penting kerana apabila wujudnya keadaan sebegini, kepentingan politik akan lebih dipentingkan berbanding sukan itu sendiri.

10.RHB Capital untung RM865 juta 
Alhamdulillah dalam ketidaktentuan ekonomi RHB masih mampu mencatat keuntungan yang bukan sedikit malah merupakan peningkatan berbanding tahun lepas. Saya ucapkan sekalung tahniah kepada CEOnya, Y Bhg. Tan Sri Azlan Zainol dan barisan pengurusan bank ini kerana berjaya mentadbir dengan baik. Namun usaha para pekerja jangan sesekali dilupakan dan berikanlah bonus kepada mereka agar kejayaan ini dapat ditingkatkan lagi agar RHB menjadi sebuah bank yang setanding dengan bank-bank utama dunia seperti Standard Chartered, Barclays mahupun United Oversea Bank.

Comments

Popular posts from this blog

Lirik Pak Ude

Ya Hafizu Ya Syafi, Wahai Yang Menjaga Dan Yang Menyembuhkan, Jagakanlah & Sembuhkanlah

Kolej Matrikulasi Perlis