Top Ten News Today (18 Nov 2009)



 1. 465,853 pelajar duduki SPM mulai hari ini
Saya mengucapkan selamat menduduki peperiksaan SPM kepada semua yang bakal mengambil peperiksaan ini yang dijangkakan diadakan pada hari ini bermula dengan kertas bahasa melayu kertas 1 pada jam 8pagi.  Semoga segala ilmu yang telah diperolehi digunakan dalam menjawab peperiksaan SPM kali ini yang dijangka berakhir pada 16 Disember 2009. Doa dan restu daripada ibubapa calon amat diharapkan dalam melahirkan pelajar yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik malah sahsiah diri.  

2. 1,225 mangsa banjir di Perak 
Saya sedikit terkesima apabila semakin hari semakin ramai mangsa banjir yang terpaksa berpindah di Kerian, Perak. Saya mengharapkan agar wakil-wakil rakyat samaada ADUN atau Ahli Parlimen dapat turun padang untuk menunjukkan betapa kesusahan rakyat menjadi tumpuan mereka. Saya juga mengharapkan agar keadaan segera pulih kerana ramai anak-anak Perak khususnya di daerah Kerian iaitu yang paling teruk sepatutnya mengambil SPM dengan keadaan yang baik pada pagi ini mengambil SPM dengan keadaan yang serba kekurangan. Semoga kerja-kerja pengurusan mangsa banjir di pusat-pusat pengumpulan mangsa banjir dapat diuruskan sebaik mungkin.


3.  Dr. Asri diikat jamin RM3,000
Saya cukup berminat dengan isi-isi ceramah yang disampaikan oleh Dr Asri, seorang Mufti yang isi ceramahnya merupakan suatu pandangan anak muda yang saya rasa cukup bernas. Walaupun begitu apabila sesuatu ceramah agama berkaitan dengan politik, perkaitannya akan menimbulkan suatu pandangan yang sinis dari sesetengah golongan dan pihak bertanggungjawab mempunyai hak untuk melakukan apa yang sepatutnya...


4. Facebook saluran pemimpin kekalkan hubungan dengan rakyat
Saya sebenarnya masih baru di dalam dunia Facebook ini, namun begitu melalui facebook @ FB saya dapati saya dapat mengenali rakan-rakan fakulti dengan lebih rapat dan dapat bergaul dengan mereka walaupun di fakulti kami kurang mengenali antara satu sama lain. Saya secara peribadi menyokong tindakan Dato Seri Najib untuk membuka FBnya sendiri kerana usaha ini adalah suatu usaha mendekatkan pemimpin dengan masyarakat secara online.


5. Tun Dr. Mahathir perlu terajui UMNO Kedah & Lantikan Sebagai Menteri Kanan Kabinet
Saya masih ingat lagi kata-kata Tun pada Mesyuarat Tahunan UMNO yang menyaksikan perletakan jawatannya pada bulan Oktober tahun berikutnya. Beliau mengaku telahpun penat dan berfikir panjang sebelum meletakkan jawatan dan berundur dari dunia politik. Pada saya, pemikiran Tun kita masih boleh guna pakai kerana saya menganggap Tun sebagai salah seorang Development MasterMind di Malaysia. Tanpa fikiran beliau yang saya rasa masih boleh digunapakai dalam menjana kemajuan dan pembangunan negara. Justeru itu saya menyokong beliau dilantik sebagai peneraju UMNO Kedah dan Menteri Kanan Kabinet.

6. Rajagopal Enggan Mengalah, Skuad Negara Masih Mempunyai Harapan Ke Piala Asia
Kadangkala saya rasa kesian melihat keadaan bola sepak Malaysia, bagai menunggu bulan jatuh ke riba untuk layak ke Piala Asia apatah lagi Piala Dunia. Bukan sedikit usaha telah dilakukan untuk memastikan kelayakan negara, malah beratus juta ringgit digunakan dalam menjana bola sepak di Malaysia namun keadaan bola sepak di Malaysia masih tidak berubah. Cadangan saya hanya satu jangan libatkan politik dalam bola sepak, kita boleh lihat di liga-liga utama dunia seperti EPL dan Liga Sepanyol, Presiden Persatuan Bola Sepak bukanlah orang politik tetapi lebih kepada usahawan-usahawan berjaya. Kita lihat sahaja Malcom Glazer, pemilik Manchester United, beliau bukannya seorang ahli politik tetapi lebih kepada seorang jutawan yang kaya-raya.

7. Jika jual Torres, saya letak jawatan - Benitez
Saya rasa ugutan dari Benitez ini tidak menimbulkan apa-apa kegusaran terhadap kelab ini kerana pada akhbar semalam pemilik kelab ini telah menyatakan bahawa Benitez akan disingkirkan sekiranya Liverpool masih tidak menunjukkan prestasi yang baik dalam perlawanan-perlawanan selepas ini. Tetapi kadangkala di dalam sesebuah kelab, pengurusnya cukup baik namun pemainnya yang kurang bermutu menyebabkan sesebuah kelab itu tidak menunjukkan prestasi yang baik. Pada saya, Rafael Benitez adalah seorang pengurus yang berkaliber dan bagus, ketidak konsistensian prestasi Liverpool saya rasakan berpunca dari pemainnya.

8. Obama Dikritik Menunduk Bertemu Maharaja Jepun Akihito
 Kebanyakan rakyat Amerika mengkritik pemimpin nombor satu mereka, Barrack Obama apabila beliau tunduk tanda hormat kepada Maharaja Jepun Aikihito sewaktu lawatan rasminya ke Jepun. Pada pendapat dan pengalaman saya, kadangkala orang bawah lebih tinggi egonya berbanding pemimpinnya sendiri. Rasulullah, manusia yang merupakan pemimpin paling berpengaruh dalam sejarah sentiasa merendahkan diri dalam menghadapi pelbagai situasi.

9. EU enggan iktiraf Palestin
Sekali lagi saya rasakan EU yang merupakan sekutu kepada Israel tidak akan sesekali mengiktiraf Palestin sebagai negara berdaulat kerana kepentingan EU sendiri dalam hubungannya dengan Israel. Kita boleh lihat kebanyakan syarikat multinasional yang berpusat di negara-negara EU merupakan anak syarikat milik rakyat Israel. Kini EU diluah mati emak, ditelan mati bapa...keadaannya ini membuatkannya mustahil untuk mereka
mengiktiraf Palestin sebagai negara berdaulat.

10.  Kapal angkasa Atlantis berlepas ke ISS
Sekali lagi NASA berjaya melepaskan sebuah kapal angkasanya iaitu Atlantis untuk menghantar bekalan penting ke ISS (International Space Station). Selain itu kapal ini juga membawa alat ganti sebelum khidmatnya berakhir pada 2010. Ia dilancarkan di Cape Canevaral, Florida pada jam 2.28petang waktu tempatan (3.28 pagi waktu Malaysia).Antara yang dibawa oleh kapal ini ialah enam angkasawan selain kira-kira 12,300 kilogram giroskop, tangki ammonia dan peralatan-peralatan lain. Kapal ini tiba di permukaan orbit lebih kurang 8 minit selepas dilancarkan dan bergerak pada kelajuan 24,000 km/jam.

Comments

Popular posts from this blog

Lirik Pak Ude

Ya Hafizu Ya Syafi, Wahai Yang Menjaga Dan Yang Menyembuhkan, Jagakanlah & Sembuhkanlah

Apa sebenarnya Skandal Enron @ Enron Scandal???