Top Ten News Today (17 Nov 2009)

1. Mufti dan Ulama tegah terima tajaan haji
Pada pandangan saya penegahan terima tajaan haji ada baik dan buruknya, mungkin penegahan tersebut
untuk individu-individu tertentu sahaja contohnya ahli politik dan pegawai-pegawai kerajaan. Pada suatu
sudut yang lain golongan berpendapatan rendah pula memerlukan bantuan dan tajaan maka ini adalah
suatu bantuan kepada mereka. Namun erti haji itu sendiri perlu kita selidiki kerana mengikut rukun Islam,
mengerjakan haji adalah bagi yang mampu maka yang kurang mampu tidak digalakkan.



2. Kegiatan pemindahan minyak secara serius di perairan Johor
Apabila sesuatu perkara itu berkaitan dengan kawasan perairan dan sempadan negara, hanya ada satu perkara yang bermain di fikiran saya iaitu "rasuah",penerimaan rasuah oleh pegawai2 tinggi kerajaan. Sekiranya tahap integriti pegawai perairan dan sempadan khususnya dan pegawai2 kerajaan amnya dalam menolak rasuah tinggi perkara ini mungkin akan dapat dibendung dan perbelanjaan kerajaan dapat dikurangkan, rasuah di Malaysia di anatara kalangan negara membangun adalah sangat membimbangkan ini berikutan kedudukan Malaysia yang berada di tempat ke 32 diantara 179 negara yang diaudit oleh World Audit Corruption Agency atau WAC.   


3. 55,635 calon duduki STPM mulai esok di 758 pusat peperiksaan, SPM bermula rabu ini
Buat semua calon yang bakal menduduki STPM dan SPM saya mengucapkan selamat menghadapi peperiksaan dan semoga tuhan memberkati usaha anda dalam menghadapi peperiksaan ini. Jangan hampakan doa kedua ibubapa anda kerana sesungguhnya keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan adalah salah satu cara untuk membalas jasa baik mereka dan kerana pencapaian anak-anak adalah cermin kepada ibu bapa mereka.

4. Cukai Tanah Di Selangor Tidak Turun Sehingga 2013
 Bila kita berkata tentang soal kenaikan dan penurunan cukai, pada pandangan saya antara perkaitannya adalah dengan hal ehwal politik semasa. Bukan untuk menyokong mana-mana pihak tetapi pada pendapat saya ini adalah salah satu permainan politik. Pilihanraya akan diadakan pada tahun 2012 insyallah, dan pada waktu itu juga saya jangka cukai tanah akan turun sebagai salah satu manifesto politik. Walau apapun diharapkan pemimpin yang memenangi PRU13 nanti tidak kira samaada kerajaan atau pembangkang akan membawa kepentingan rakyata bagi kesejahteraan bersama.

5. Ekonomi Selangor bakal menuju kehancuran berikutan pelantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai penasihat ekonomi negeri.
Pernyataan di atas dikeluarkan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir ketika mengulas mengenai pelantikan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim itu sebagai penasihat ekonomi kerajaan negeri Selangor. Pada saya, sebagai pandangan peribadi, Anwar layak dilantik sebagai penasihat ekonomi kerana pada zaman kejatuhan ekonomi dahulu Tun perlu ingat siapa yang menasihatkannya dalam pengikatan wang Ringgit kepada Dollar US. Selain itu kita juga boleh melihat kebijaksanaan Anwar dalam eknomi sewaktu perdebatan beliau dengan Datuk Sabri Chek pada tahun lepas yang boleh kita katakan berpihak kepada Dato Seri Anwar. Kami sebagai penuntut UiTM yang sentiasa melihat kepada perkembangan negeri Selangor ini khususnya akan menilai sejauh mana keberkesanan Dato Seri Anwar dalam ekonomi negeri Selangor selepas ini.


6. Filem 2012 pecah rekod box office
Saya tidak hairan sekiranya filem ini menjadi filem of the year kerana filem ini digarap begitu cantik dari sudut jalan ceritanya dan sinematografinya. Tahniah diucapkan kepada pengarah filem fiksyen ini, Roland Emmerich dan juga pelakon utamanya John Cusack dan juga krew-krew penerbitan kerana menjadikan filem ini begitu mantap.
Filem yang berkaitan dengan berkisarkan tentang kemusnahan dunia pada 21 disember 2012 akibat pelbagai bencana alam seperti letusan gunung berapi , tsunami dan taufan yang berlaku serentak. Dunia dikatakan telah kiamat seperti ramalan dalam kalendar kuno kaum Mayan. Filem arahan Roland Emmerich ini mengisahkan Jackson Curtis (lakonan John Cusack) seorang penulis berusaha untuk menyelamatkan keluarganya dan orang sekelilingnya daripada malapetaka. Adrian Helmsley (Chiwetel Ejiofor) seorang saintis turut sama berusaha untuk menyelamatkan dunia. Untuk itu kerajaan telah membina kapal untuk menyelamatkan manusia namun usaha ini masih membayangkan jiwa tamak yang ada dalam diri sesetengah manusia apabila wang masih menjadi syarat untuk diselamatkan. Sementara Curtis menggunakan pengetahuannya tentang ramalan kuno ini bagi memastikan dia dapat membantu menyelamatkan manusia.
Anda adalah sangat digalakkan untuk turut menonton filem ini bagi yang belum kerana filem ini memaparkan sebuah jalan cerita yang boleh dijadikan pengajaran buat kita.


7. Gadis Malaysia didera di Switzerland
Sebenarnya cerita gadis Malaysia yang bekerja sebagai pembantu rumah di Switzerland didera bukanlah sebuah perkara baru cuma perkara ini kurang mendapat penghebohan dan publisiti sebagaimana pembantu rumah Indonesia di Malaysia. Cuma diharapkan agar perkara ini tidak mengeruhkan hubungan politik diantara kedua buah negara dan sama-sama mencari jalan penyelesaian secara diplomasi dalam menangani masalah ini.


8. MAS sertai 10 syarikat terbaik
Saya mengikuti perkembangan syarikat ini sejak dahulu, pentadbiran dibawah CEO baru....walaupun sebenarnya bukannya baru, Dato Sri Idris Jala, banyak menunjukkan perubahan peningkatan yang sangat ketara khususnya dari segi profitability atau keuntungan syarikat GLC ini. Penyeneraian MAS dalam 10 syarikat penerbangan terbaik dalam senarai Global Local Monitor bukanlah suatu yang kita perlu pelik kerana pentadbiran dan pengurusan yang dibawakan oleh Dato Sri Idris Jala memang berkesan termasuklah juga pengurusan lembaga-lembaga pengarah MAS sendiri yang semakin hari semakin berkesan dalam menangani masalah ekonomi global. Diharapkan agar salah sebuah syarikat penerbangan Malaysia ini dapat berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan syarikat-syarikat penerbangan utama dunia dalam masa-masa yang akan datang.

9.  Pilihan raya bebas pertama Kosovo
Alhamdulillah setelah sekian lama Kosovo merdeka setelah beberapa lama dalam kancah peperangan akhirnya negara ini berjaya mengadakan pilihan raya bebasnya yang pertama apabila sebelum ini beberapa kali pilihanraya tentera diadakan dalam memilih pemimpinnya. Kami sebagai rakyat Malaysia mengharapkan agar Kosovo terus membangun dan dapat menjana ekonominya dengan cukup baik walaupun negara ini masih lagi dalam serba kekurangan....amin.   

10. Mesir negara pertama guna domain Internet berbahasa Arab
Alhamdulillah saya  rasa pencapaian ini bukan sahaja patut dibanggakan oleh negara-negara Arab tetapi juga Malaysia sebagai salah sebuah negara Islam contoh dan juga negara-negara Islam yang lain. Pencapaian ini diharapkan agar dapat menyatukan negara-negara Arab khususnya dan dunia Islam amnya dalam memastikan bahawa Islam itu terus utuh dan perpaduan diantara umat Islam terus terbela.


Comments

Popular posts from this blog

Lirik Pak Ude

Ya Hafizu Ya Syafi, Wahai Yang Menjaga Dan Yang Menyembuhkan, Jagakanlah & Sembuhkanlah

Kolej Matrikulasi Perlis