Tetiba jer aku ingat time aku tadika dulu....

Pejam celik pejam celik kini dah hampir 16 tahun aku tinggalkan dunia sekolah tadika ni. Aku masih ingat Cikgu Roshana yang pernah jadi cikgu kelas aku. Aku jugak ingat kat member yang aku selalu gaduh ngan dia dulu, Yusrizal....apa la agaknya citer ko skang ek. Aku harapkan ko berjaya dalam hidup. Kadang-kadang bila aku terfikir dunia sekolah tadika ni, alangkah syoknya, pepagi belajar ABC pepetang belajar Alif Ba Ta. Kini pagi ke petang belajar MGT, MAF, FAR, dsb....haha syok gak.




Zaman kanak-kanak aku kat tadika memang best macam nak balik tadika balik jer, jumpa cikgu2 yang dah lama x jumpa...huhu. Bila orang kata kanak-kanak merupakan golongan yang paling gembira aku kadangkala tidak berapa setuju kerana aku ada melihat kanak-kanak yang hidup dalam keperitan dan kepayahan, pada aku itu bukanlah suatu kegembiraan buat mereka. Mereka masih mentah, mereka masih kosong, mereka masih suci, tiada dosa....yang mereka tahu buat apa sahaja sesuka hati yang salah akan ditegur..haha macam2 kan.

Aku kadangkala terfikir apakah anak-anak di Palestin, di Iraq dan negara-negara berkocak yang lain, kanak-kanak boleh dianggap insan paling gembira...entah lar aku rasa yang lebih gembira di sana merupakan pemimpin-pemimpin politik yang sanggup menggadaikan anak bangsa sendiri demi untuk kepentingan peribadi, merekalah insan yang paling gembira....huhu.

Inikah yang dikatakan kegembiraan....


Yang mana sepatutnya kegembiraan ini yang dikecapi


Inikah yang dikatakan era globalisasi, menahan kanak-kanak yang tidak bersalah....


Kanak-kanak yang belum kenal apa itu erti dunia...


Kejam sungguh dunia sehingga kanak-kanak ini menjadi mangsa...huhu

Niatku hanya satu untuk menggambarkan betapa kanak-kanak di Malaysia sangat bertuah dilahirkan di tanah yang bernama Malaysia. Keadaan yang serba serbi memudahkan dan serba serbi berkeuntungan....doakanlah agar Umat Islam di negara-negara lain juga mampu menikmati keindahan dan keamanan semana kita.

Comments

Popular posts from this blog

Lirik Pak Ude

Ya Hafizu Ya Syafi, Wahai Yang Menjaga Dan Yang Menyembuhkan, Jagakanlah & Sembuhkanlah

Apa sebenarnya Skandal Enron @ Enron Scandal???