Followers

Wednesday, 18 November 2009

Tatkala Fikiran Menjadi Buntu, Masalah Di Hadapan Bagaikan Tiada Pintu



Kini aku buntu,
Mengapa aku seringkali mengikut perasaan,
Dimana rasional fikiranku dahulu,
Dimana fikiran rasional yang ku pelajari dahulu

Kini aku buntu,
Aku buntu disebabkan sesuatu,
Aku buntu disebabkan kebuntuan,
Aku buntu disebabkan suatu peristiwa yang mana mungkin aku padamkan

Kini aku buntu,
Kenapa kau yang aku ganggu,
Kenapa kau yang aku perlu,
Kenapa kau yang aku teringat selalu

Kini aku buntu,
Aku kini bagaikan burung tanpa sayap,
Aku jua bagaikan kuda tanpa kaki,
Apatah lagi bulan tanpa matahari,
Itulah aku sehingga kini...

Sehingga suatu masa nanti aku mampu melupakan apa yang terjadi...
Dan agar sejarah tidak berulang kembali...
Hanya satu, kau akan tetap menjadi ingatan di hati....

Terima kasih kebuntuan, kau mengajar aku erti sebuah kehidupan..

No comments:

Other Topics