Serba Salah.....



Aku selalu jer diajukan 2 soalan utama tentang partnerku di fakulti sepanjang menjadi MPP ni, diwaktu itu aku akan berada di dalam keadaan yakin pada soalan pertama tetapi serba salah....nak jawab yang sebenar atau berselindung untuk soalan yang kedua.

Pada kebiasannya aku akan ditanya 2 soalan daripada Dekan hinggalah ke para pelajar menanyakan apa tugas MPP satu lagi...jawapan aku selamba, Azira menjaga di HEP dan aku menjaga di fakulti....sebenarnya telah terlalu banyak dilakukannya di HEP yang membantu fakulti yang mana pada aku pengorbanannya itu sangatlah besar sehinggakan aku rasa aku tidak mampu untuk melakukan tugas sebagai mana beliau sekiranya aku ditempatnya. 

Soalan kedua yang biasa ditanya sepenggal aku menjadi MPP fakulti adalah kenapa Azira jarang dilihat di fakulti...apabila tiba ke soalan ini aku menjadi serba salah untuk menjawabnya secara jujur ataupun berselindung...namun aku perlu ingat bahawa orang yang menanyakan aku adalah student fakulti merekalah yang telah mengundi calon-calon pilihan mereka, apa yang berlaku kepada calon pilihan mereka, mereka ada hak untuk tahu. Jadi aku akan jawap dengan ikhlas (x perlu aku nyatakan jawapannya di sini) walaupun seboleh-bolehnya aku tidak mahu menjawap soalan itu kerana khuatir memburukkan nama Zira di fakulti.

Kini yang terbaru Azira akan mengambil kursus diploma pengurusan pejabat kemungkinan besar di Melaka walaupun sebelum ini berura2 untuk mengambil pengajian media atau nama popularnya mass com. Beliau akan menyertai MMS pada hujung tahun ini yang membawa makna aku akan berseorangan memimpin kepimpinan pelajar fakulti dan tugas-tugas di HEP serentak sehingga 14 Januari 2010...insyallah. Apa pun aku doakan yang terbaik untuk partnerku ini dan harapkan beliau berjaya di masa hadapan...insyallah...amin.

Comments

Popular posts from this blog

Lirik Pak Ude

Ya Hafizu Ya Syafi, Wahai Yang Menjaga Dan Yang Menyembuhkan, Jagakanlah & Sembuhkanlah

Kolej Matrikulasi Perlis