SELAMAT PAGI BLOGGERS...



Disebabkan Universiti Teknologi MARA menjadikan motto To Be A World Class University, maka pada 10 November 2009, bersamaan hari Selasa salah seorang MPPnyer atau Majlis Perwakilan Pelajar telah pun berdialog di dalam bahasa inggeris sewaktu dia mengigau dalam keadaan separuh sedar....haha.

Orang yang dimaksudkan ialah penulis blog ini yang sewaktu beliau tidur semalam dalam lebih kurang jam 10 pagi, beliau telah menyebut perkataan "TODAY" beberapa kali, bagi orang puteh ia mungkin tak pelik speaking london time mengigau tapi bagi orang melayu, ni adalah suatu pencapaian yang baik dalam memastikan bahawa tidak Melayu hilang di dunia.

Untuk perkembangan lanjut tentang igauannya itu saya telah pun menemuramah penulis blog dalam wawancara Selamat Pagi Bloggers. Antaranya isi temuramah tersebut:

Saya:        
Selamat pagi tuan,

Penulis Blog:
Ya, selamat pagi.

Saya:        
Apa kahabar tuan hari ni?

Penulis Blog:   
Alhamdulillah, sehat.Hai tanya tanya ni nak suruh belanja ke?

Saya:            
Eh maner tuan tau. By the way camner perkembangan UiTM To Be A World Class University?

Penulis Blog:    
Alhamdulillah sehingga pukul 2 petang waktu Tokyo, salah seorang MPPnyer telah pun berjaya memecahkan rekod pencapaian bahasa inggeris untuk UiTM. MPP tersebut adalah saya, yang mana telah mengungkapkan perkataan "Today", "Today", "Today" bukannya di dalam New Strait Times tetapi di dalam tidur dan igauan yang separuh sedar.

Saya:         
Bagaimana keadaan ini berlaku?

Penulis Blog:   
Saya pun tidak berapa pasti, tapi apa yang pasti saya tidur selepas sarapan pagi dan selepas itu saya bermimpi menjadi lectrurer so saya pun cakaplah bahasa inggeris, waktu nak mula kelas saya ucaplah perkataan "Today", bila first time tu saya rasa suara saya tak terkeluar saya ucaplah sekali lagi dan yang terakhir yang paling kuat yang mana member yang sedang surf internet menggunakan laptop saya terkejut....haha kesian gak kat dia. So time ketiga ucapkan perkataan "Today" tu saya setengah sedar so bila saya sedar saya pun coverlah dengan perkataan-perkataan lain so member saya tu takder la perasan yang saya ni tengah mengigau...haha.

Saya:          
Ini suatu kejadian yang amat baik khususnya kepada pencapaian bahasa inggeris di negara kita. Sebelum beredar, tuan ada kata-kata akhir dan wasiat untuk disampaikan kepada pembaca-pembaca blog tuan tak?

Penulis Blog:   
Ya ada, saya mengesyorkan kepada semua pelajar agar meningkatkan bahasa inggeris anda agar apabila anda mengigau nanti, lebih banyak ayat boleh keluar cam I Love U ke aper ke atau sekiranya dalam mimpi saya just ucapkan today,  mungkin anda boleh ucapkan atau sampaikan lecture dari mula sampai akhir dalam bahasa inggeris. Akhir kata, mantapkan bahasa inggeris anda dan majulah sukan untuk negara. Terima kasih.

Saya:          
Selain itu ada apa-apa lagi ker?

Penulis Blog:
Ada-ada saya juga ingin sampaikan salam perantauan dan selamat hari raya saya kepada isteri saya Hidroti Kimchi di Tokyo Jepun, anak saya Adam Smith yang sekarang belajar di Oxford ......Dictionary. Kepada anak-anak buah saya yang sekarang berada di Dusun Buah-buahan dekat Smallville, dan orang-orang yang mengenali saya dengan ucapan saya tak dapat balik tahun ni sebab saya raya kat Malaysia, balik aper yang ada.Tu jer la kot... 

Saya:
Ya terima kasih kembali tuan, Kita kembali ke Angkasapuri.

Berikutlah ceritanya so yang baik buat teladan dan yang buruk kita gelakkan.....hahaha.

Comments

Popular posts from this blog

Lirik Pak Ude

Ya Hafizu Ya Syafi, Wahai Yang Menjaga Dan Yang Menyembuhkan, Jagakanlah & Sembuhkanlah

Kolej Matrikulasi Perlis