PELUANG DALAM HIDUP.....


Setiap hari kita diberikan peluang, pelbagai peluang kita diberikan samaada secara nampak atau tidak, secara nyata atau tidak nyata, samaada yang boleh dibilang atau yang tidak boleh dibilang dan samaada ianya diberikan atau kita yang perlu mencari.

Apakah itu peluang Nampak & Tidak Nampak?
Peluang nampak boleh saya definisikan sebagai peluang yang kita boleh lihat contohnya peluang pekerjaan di dalam suratkhabar bukankah peluang itu kita dapat lihat dan nampak manakala peluang yang tidak nampak pula saya definisikan peluang yang tidak boleh dilihat oleh deria mata tetapi boleh dirasakan oleh deria-deria yang lain khususnya telinga. Kadangkala peluang kita diberikan secara verbal sahaja tanpa suatu iklan atau advertisement inilah yang dipanggil peluang tidak nampak. Contohnya: " Milah, Pak Abu offer kamu jadi secretary syarikat dia, kamu nak ke tak nak?", deria telinga dapat mengesan peluang ini bukannya deria mata maka peluang inilah yang kita panggil peluang tak nampak.

Apakah itu Peluang Nyata & Tidak Nyata?
 Peluang nyata pula kita boleh definisikan peluang yang kita nampak secara terus bahawa itu peluang atau lebih dikenali sebagai direct opportunity, manakala lawannya ialah peluang tidak nyata atau juga dipanggil indirect opportunity. Kita juga boleh katakan betapa hampir di dalam setiap peluang dalam hidup kita ianya datang dalam bentuk nyata dan tidak nyata, contohnya kita belajar di dalam jurusan perakaunan di universiti, peluang yang nyata adalah kita boleh mendapatkan segulung ijazah manakala peluang tidak nyata pula adalah peluang untuk menjadi seorang akauntan.
 
Apakah itu peluang yang boleh dibilang dan tidak boleh dibilang?
Peluang yang boleh dibilang adalah peluang yang mempunyai suatu ukuran kuantiti atau measurement yang boleh kita gunakan. Sebagai contoh peluang untuk mendapatkan pekerjaan, kita boleh bilang berapa banyak peluang pekerjaan yang ada di dalam sesuatu masa di dalam surat khabar dan sebagainya. Manakala peluang yang tidak boleh dibilang adalah peluang yang tidak ada suatu ukuran kuantiti keatasnya atau lebih dikenali sebagai no measurement opportunity sebagai contoh peluang untuk mendapatkan kasih sayang ibubapa, peluang tersebut tidak boleh dinilai kerana tidak ternilai harganya kepada kita. Peluang yang tidak boleh dinilai ini biasanya hanya wujud sekali dalam hidup setiap insan di muka bumi ini, ada juga yang tidak bernasib baik tidak dapat langsung menikmati peluang kasih sayang ini.

Apakah peluang yang diberikan & yang perlu dicari?
Peluang yang diberikan lebih kepada peluang yang diberikan oleh orang lain atas sumber kewangan orang itu sendiri kepada kita. Sebagai contoh ibubapa memberikan pendidikan kepada kita, ini adalah suatu peluang yang diberikan kerana mereka yang mengeluarkan kos untuk pendidikan dan persekolahan kita. Manakala peluang yang perlu dicari adalah peluang yang kita perlu berusaha untuk mencarinya contohnya ibubapa memberikan peluang untuk kita bersekolah, peluang yang kita perlu cari ialah peluang untuk melanjutkan pelajaran ke universiti dengan cara berusaha mendapatkan keputusan yang baik di dalam peperiksaan.
 

Sekian salam buah fikiran....

Mohd Ashraf Bin Mohd Zabidi
Motivator Khas Blog What Does It Mean By Human Being

Comments

Popular posts from this blog

Lirik Pak Ude

Ya Hafizu Ya Syafi, Wahai Yang Menjaga Dan Yang Menyembuhkan, Jagakanlah & Sembuhkanlah

Kolej Matrikulasi Perlis