Followers

Wednesday, 18 November 2009

KISAH 3 ORANG DWARFS DENGAN SI GOBLIN


Pada suatu zaman dahulu ada sebuah kisah di negara bernama United Kingston, di dalam sebuah kampung bernama  Brechin Village tinggal 3 orang dwarf. Dwarf-dwarf ini dinamakan T, U & Y. Masing-masing mempunyai makanan kegemaran masing-masing dan hobi masing-masing.

Dwarf yang pertama T merupakan ketua kepada dwarf-dwarf yang lain, beliau merupakan seorang ketua yang berkaliber dalam memimpin anak-anak buah dwarfnya yang lain. Beliau juga mempunyai IQ yang cukup tinggi, dtambah pula EQ dan SQ yang juga tinggi. Hobi T adalah membaca buku dan makanan kegemarannya adalah Kentang Putar.

Dwarf yang kedua pula, U ,merupakan salah seorang peminat filem Korea. Kadang-kadang walaupun filem Korea tu tak keluar lagi dalam suratkhabar, dia dah tau dah filem apa yang bakal keluar, tanya lah dia filem Korea apa yang dia belum tengok sumer dia dah tengok dari Winter Sonata sampailah ke OST. Kekadang tu sanggup menangis depan televisyen disebabkan cerita korea yang dia tengok tu sedih sangat.

Dwarf yang ketiga pulak dinamakan Y, dia ni cukup mantap bukan sajer akademik malahan kokurikulum dan sukan....tanyalah dia sukan aper yang dia tak maen, sumer dia maen dari Tennis sampailah ke Bowling dan siap ada jurulatih sendiri plak tu. Antara makanan kegemaran Y ialah kentang goreng atau french fries...tapi jangan sesekali buat Y marah, kalau dia marah abeh sumer perkataan, wording,words, sentence, alphabet sumenyer terkeluar. Tetapi sebenarnya hati Y ni cukup baik dan lembut orangnya.

Pada suatu hari, ketiga-tiga dwarf ini pergi berjalan-jalan ke sebuah tempat dinamakan SP, tak disangka-sangka terserempak pula dengan seorang Goblin ni, namun mereka tidak sempat untuk bertegur sapa. Namun dalam hati kecil Si Goblin, dia suka dengan Y sebab kelembutannya dalam ketegasannya.

Puas Si Goblin ni berfikir bagaimanalah nak menggembirakan hati dwarf Y ni, lalu dia buatlah sebuah blog yang untuk hadiah harijadi Y...Lalu beberapa hari sebelum hari jadi Dwarf Y, dia pun bagitahu lah pasal blog yang khas dibuat untuknya namun mungkin pandangan Si Goblin yang ekstrovert dan Dwarf Y yang introvert menyebabkan miscommunication berlaku.Dwarf Y marah dengan Si Goblin ni sebab katanya publisiti murahan....dalam hati Si Goblin dia tergelak guling-guling sebab bukan itu yang nak dia sampaikan, Si Goblin ni suka berkongsi tetapi mungkin perkongsiannya terlalu open menyebabkan Y cukup marah dengan Si Goblin.

Untuk pengetahun Si Goblin ni plak biler mesej, ayat jenis dominering sket...cam sume dia nak kuasai, dan ayat dia pun lebih-lebih, almaklumlah Si Goblin ni tak sebijak ketiga-tiga orang dwarfs ni. Pada satu malam tu Si Goblin ni mesej la Dwarf Y, dalam niat hati dia nak luahkan perasaan tapi lain plak yang berlaku. Kesian kat Dwarf Y, dan Si Goblin ni naseb baek dia tau dia bersalah dan cuba untuk minta maaf.

Dwarf Y mintak agar blog yang berkaitan dipadamkan dan post2nya juga dipadamkan....tapiiiiii... sekali lagi atas ketidakbijakan Goblin ni, dia plak nasihat Dwarf Y yang tengah marah tentang kesilapan Y....kalau api ditambah petrol jadi la Nuklear.

Pedas jugak lar ayat Dwarf Y ni tapi Si Goblin ni dia ni jenis optimistic sket walaupun kengkadang tu bukan tempatnya untuk optimis.Dia menerima jer kemarahan Dwarf Y ni, almaklumlah perempuan kene ler faham2, bila api dicampur dengan api akan jadi lagi marak baek Si Goblin ni jadi air kalau tak padam pun api tu, mungkin boleh reda.

Si Goblin ni kalau bila dia mintak maaf tapi orang tak respon, rasa bersalah dia akan berpanjangan. Jadi sebagai langkah terakhir yang boleh Si Goblin ni buat ialah membelikan Dwarf Y, hadiah tanda kemaafan dan sekaligus hadiah birthdaynya yang telah pun dihantar ke rumah Dwarf-dwarf ni. Dalam hati kecil Si Goblin ni agar Dwarf Y dapat terima hadiah yang diberikan dengan sebaiknya. Si Goblin ni mintak maaf sebab tak tau pun keadaan yang sebenarnya sehinggalah Dwarf Y bagitahu dia beberapa hari yang lepas.

Si Goblin ni betul-betul mintak maaf kalau tak dimaafkan fikirannya akan sentiasa berfikir tentang orang yang telah disakiti hatinya lagi-lagi Dwarf Y ni sebenarnya pernah disayanginya sejak sekian lama. Sekali lagi, terimalah hadiah kemaafan dari Si Goblin yang gemuk, bodo, dan life troubler ni kalau tak Si Goblin ni akan terus rasa bersalah.

Sekian

salam blog....


Ps: Untuk dua tiga hari ni si penulis tak berapa nak sehat so kalau sesiapa yang hantar mesej atau call tak dijawab penulis minta maaf.

No comments:

Other Topics